Kembalikan panggilan FaceTime terbaharu atau tidak dijawab pada Mac
Anda boleh hubungi semula panggilan FaceTime terbaharu (termasuk panggilan tidak dijawab anda) daripada FaceTime, Pusat Pemberitahuan, peringatan, atau Dock. Lihat Keperluan FaceTime.
Kembalikan panggilan daripada FaceTime
Sebelah kiri tetingkap FaceTime menunjukkan kepada anda semua panggilan yang anda telah buat atau terima (melainkan anda memadamkan sejarah panggilan anda). Ia diatur mengikut tarikh, dengan panggilan terkini di bahagian atas.
Bahagian Akan Datang kelihatan apabila anda mencipta pautan untuk panggilan FaceTime atau apabila pautan tersedia dalam Kalendar, Peringatan, Mail atau Mesej. Pautan ini kelihatan dalam bahagian Akan Datang selama sekitar sehari; jika tidak, ia kelihatan dalam bahagian berdasarkan tarikh—sebagai contoh, Minggu Lalu.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, alihkan penuding ke atas tetingkap panggilan, kemudian klik butang Video atau butang Audio bersebelahan panggilan. (Anda juga boleh mengklik panggilan dalam bar sisi, kemudian gunakan Touch Bar.)
Petua: Panggilan FaceTime Kumpulan kekal aktif sehingga semua peserta meninggalkan panggilan. Untuk menyertai atau menyertai semula panggilan kumpulan yang sedang berjalan, klik butang Sertai Video .
Kembalikan panggilan dengan cara lain
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Kembalikan panggilan tidak dijawab daripada Pusat Pemberitahuan: Klik tarikh dan masa dalam bar menu di bahagian atas skrin untuk melihat pemberitahuan, kemudian klik satu panggilan dalam senarai panggilan tidak dijawab. Lihat Papar pemberitahuan app.
Kembalikan panggilan daripada peringatan: Dalam app Peringatan , klik butang FaceTime bersebelahan peringatan. (Peringatan dicipta secara automatik apabila anda menolak panggilan dan mengesetkan peringatan untuk memanggil balik kemudian.)
Kembalikan panggilan daripada Dock: Control-klik ikon FaceTime, kemudian klik satu panggilan di bawah Panggilan Terbaharu.
Jika anda tidak melihat ikon FaceTime dalam Dock, anda boleh menambahnya.
Anda tidak boleh membuat panggilan kepada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.