Uruskan panggilan dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon dalam FaceTime, anda boleh mengurus panggilan dengan pelbagai cara, seperti memindahkan panggilan ke iPhone anda atau menggunakan panggilan menunggu. (Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.)
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Semasa anda menjawab panggilan telefon dalam app FaceTime pada Mac anda, terdapat beberapa cara tambahan untuk mengurus panggilan itu:
Tukar ke panggilan video FaceTime: Klik Video dalam pemberitahuan (atau gunakan Touch Bar).
Bertukar ke panggilan RTT: Klik RTT dalam pemberitahuan.
Nota: Apabila anda menukar panggilan telefon ke panggilan RTT, mikrofon kekal aktif—klik butang Senyap (atau gunakan Touch Bar) untuk menyahaktifkan audio bagi panggilan.
Gunakan panggilan menunggu: Jika anda sedang dalam panggilan dan pemberitahuan panggilan telefon baru muncul, klik Tahan & Terima. Klik untuk bertukar antara panggilan.
Mulakan panggilan persidangan apabila anda mempunyai panggilan lain ditahan: Apabila anda sedang menjawab panggilan telefon dan mempunyai panggilan lain ditahan, klik Gabung.
Pindah panggilan ke iPhone anda: Apabila Mac anda berdekatan iPhone anda, ketik ikon Handoff yang muncul di penjuru kiri bawah Skrin Kunci iPhone anda.
Bergantung pada cara anda menyediakan Panggilan Wi-Fi, bar hijau yang menyatakan “Sentuh untuk kembali ke panggilan” mungkin muncul di bahagian atas skrin pada iPhone anda apabila anda membuka kuncinya. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Keseinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Kawal kelantangan: Senyapkan atau tukar kelantangan untuk panggilan.
Petua: Jika anda sedang menjawab panggilan dan perlu membalas gesaan dalam sistem telefon automatik, klik pemberitahuan panggilan telefon di penjuru kanan atas skrin anda dan gunakan nombor pada papan kekunci anda untuk membalas.