Setkan isyarat terpisah sekiranya anda tertinggal AirTag atau item lain dalam Cari pada Mac
Dalam Cari, item ialah AirTag atau produk pihak ketiga yang didaftarkan pada Apple ID anda. Anda boleh mengaktifkan isyarat terpisah untuk item supaya anda tidak tertinggal item secara tidak sengaja.
Anda juga boleh mengesetkan Lokasi Dipercayai, iaitu lokasi yang anda boleh meninggalkan item tanpa menerima isyarat.
Penting: Walaupun anda boleh melihat dan mengurus isyarat pemisahan pada Mac, anda akan menerima isyarat pada peranti yang berkongsi lokasi anda—contohnya, iPhone anda. Lihat “Setkan isyarat terpisah sekiranya anda tertinggal AirTag atau item lain” dalam panduan pengguna untuk iPhone atau iPad atau Cari Airtag atau item lain dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Item.
Dalam senarai Item, pilih item yang anda mahu setkan isyarat, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Jika anda mahu menambahkan Lokasi Dipercayai, anda boleh memilih lokasi yang dicadangkan, atau klik Lokasi Baharu, pilih lokasi pada peta, kemudian klik Selesai.
Klik Selesai.