Setkan pemberitahuan lokasi untuk rakan dalam Cari pada Mac
Anda boleh memberitahu rakan apabila lokasi anda bertukar dan dapatkan pemberitahuan tentang lokasi rakan.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar seting Pemberitahuan pada Mac.
Jika anda berkongsi lokasi anda dengan keluarga, anda juga boleh mengesetkan pemberitahuan lokasi untuk mereka dengan mengikuti langkah di bawah.
Maklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan [Rakan].
Pilih sama ada anda mahu memberitahu rakan anda masa anda tiba di atau meninggalkan lokasi.
Pilih lokasi semasa anda, lokasi semasa rakan anda, atau klik Lokasi Baharu untuk mencipta lokasi baharu dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, rakan anda dimaklumkan apabila anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Pilih sama ada anda mahu rakan anda diberitahu hanya sekali atau setiap kali lokasi anda bertukar.
Klik Tambah.
Dapatkan maklumat apabila lokasi rakan anda bertukar
Anda boleh menerima pemberitahuan apabila rakan anda tiba atau meninggalkan lokasi, atau jika mereka tiada di lokasi tertentu semasa jadual yang ditetapkan. Contohnya, anda boleh mendapatkan makluman jika anak anda tiada di sekolah pada waktu sekolah.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan Saya.
Pilih sama ada anda mahu diberitahu apabila rakan tiba, meninggalkan lokasi, atau tiada di lokasi.
Pilih lokasi semasa rakan anda, lokasi semasa anda, atau klik Lokasi Baharu untuk mencipta lokasi baharu dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Bergantung pada pemberitahuan, anda boleh memilih kekerapan atau masa anda mahu dimaklumkan.
Frekuensi: Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan hanya sekali atau setiap kali.
Masa dan Hari: Pilih masa mula dan tamat, kemudian pilih hari dalam minggu.
Nota: Anda hanya boleh mencipta pemberitahuan berulang untuk rakan yang mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Klik Tambah, kemudian klik OK.
Jika anda mengesetkan pemberitahuan satu kali, rakan anda menerima isyarat serta-merta selepas anda mengesetkan pemberitahuan.
Jika anda mengesetkan pemberitahuan berulang, rakan anda mesti meluluskannya sebelum ia disetkan. Mereka mendapat isyarat meminta kelulusan apabila mereka tiba atau meninggalkan lokasi yang anda pilih, atau pada masa dan hari pemberitahuan bermula.
Anda bole mengesetkan maksimum 25 pemberitahuan Maklumkan Saya.
Lihat semua pemberitahuan tentang anda
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang, kemudian klik Saya.
Klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan Tentang Anda, anda melihat senarai orang yang diberitahu apabila lokasi anda berubah.
Jika anda tidak melihat bahagian Pemberitahuan Tentang Anda, anda tidak memberitahu mana-mana rakan anda tentang perubahan lokasi anda.
Pilih nama untuk melihat butiran lanjut.
Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan
Anda boleh menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan yang anda cipta.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, lakukan satu daripada berikut:
Uruskan pemberitahuan tentang rakan: Pilih nama.
Uruskan pemberitahuan tentang anda: Pilih Saya.
Klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, pilih pemberitahuan, kemudian lakukan satu daripada berikut.
Tukar pemberitahuan: Tukar sebarang butiran, kemudian klik Selesai.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Klik Padam, kemudian klik Padam Pemberitahuan.
Jika anda mahu menyahaktifkan pemberitahuan yang dicipta oleh rakan, anda boleh berhenti berkongsi lokasi anda atau menyahaktifkannya pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Cari
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Cari dalam senarai di sebelah kanan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk diterima atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik butang Bantuan di penjuru anak tetingkap.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Cari: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Cari apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.