Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Alihkan item pada papan Freeform pada Mac
Anda boleh mengalihkan item pada papan Freeform anda ke mana-mana kawasan kanvas.
Dalam app Freeform pada Mac anda, klik kategori dalam bar sisi, kemudian dwiklik papan untuk membukanya.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Jika item dikunci, anda perlu mengklik butang Buka Kunci sebelum anda boleh mengalihkan item.
Seret item di mana-mana sahaja pada papan.
Untuk menyusunnya dengan objek lain dengan lebih tepat—seperti menjajarkan atau mengumpulkan item—lihat Jajarkan item pada papan dan Susun item pada papan.
Anda mungkin perlu menukar paparan papan untuk zum masuk atau keluar (contohnya, untuk melihat semua kandungan dalam papan anda pada skrin).