Mainkan Dram dalam GarageBand untuk iPad
Menggunakan Instrumen Sentuh Dram, anda boleh memainkan kit dram dengan mengetik dram atas skrin. Anda boleh memilih sama ada kit dram akustik atau elektronik.
Pilih kit dram
Ketik nama kit dram berdekatan bahagian atas skrin, kemudian ketik kit dram yang anda mahu mainkan. Anda juga boleh meleret ke kiri atau ke kanan untuk bertukar ke kit dram sebelumnya atau seterusnya.
Kit dram akustik menunjukkan satu set dram yang realistik dan kit dram elektronik menunjukkan grid bagi pad dram.
Anda boleh mengakses kit dram akustik atau elektronik terus daripada pelayar dengan mengetik Dram Akustik atau Dram Elektronik.
Mainkan dram dalam kit dram
Ketik dram atas skrin (untuk kit elektronik, pad dram).
Beberapa dram, seperti hi-hat dan dram jerut, menghasilkan bunyi berlainan apabila anda mengetik bahagian berlainan dram ini. Untuk mendengar bunyi yang dihasilkannya, ketik butang Info untuk menunjukkan petua bimbingan. Sesetengah dram juga bertindak balas terhadap gerak isyarat lain.
Menyentuh dan menahan dram dengan dua jari (atau lebih) akan memainkan corak berulang. Dengan mengubah jarak antara jari anda, anda boleh menjadikan pengulangan lebih cepat atau lebih perlahan. Menggerakkan jari ke atas atau bawah menjadikan pengulangan dimainkan lebih kuat atau lembut.
Rakam groove dram
Ketik butang Rakam dalam bar kawalan.
Ketik dram dalam kit dram.
Anda boleh merakam satu atau lebih dram pada satu masa. Apabila penunjuk main bermula dari awal bahagian, anda boleh merakam bahagian lain dan ia akan digabungkan dengan bahagian sedia ada. Anda boleh menyahaktifkan penggabungan dalam kawalan Trek.
Apabila anda selesai, ketik butang Main dalam bar kawalan untuk menghentikan rakaman. Ketik Main sekali lagi untuk mendengar groove dram.
Mainkan simbal crash bersama-sama dram bes
Secara lalai, apabila anda mengetik simbal crash pada kit dram akustik, dram bes bermain bersama simbal. Anda boleh mengeset sama ada mengetik simbal crash akan memainkan kedua-dua bunyi atau hanya simbal.
Ketik butang Kawalan Trek dalam bar kawalan, ketik Seting Trek, kemudian ketik Rakaman.
Ketik suis “Dram Bes dengan Simbal” untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.
Laraskan kesensitifan sentuhan pada dram
Anda boleh mengeset kesensitifan sentuh untuk dram ke salah satu dari empat paras. Meningkatkan kesensitifan sentuh menjadikan pukulan berbunyi lebih kuat atau lebih lembut bergantung pada sekuat mana anda mengetik dram. Jika anda menyahaktifkan kesensitifan sentuh, semua not berbunyi sama tidak kira sekuat mana anda mengetik dram.
Ketik butang Kawalan Trek dalam bar kawalan, ketik Seting Trek, kemudian ketik Kesensitifan Kelajuan.
Ketik paras kesensitifan yang anda mahu gunakan untuk dram.
Simpan bunyi dram tersuai anda sendiri
Ubah suai bunyi dram sedia ada dengan melaraskan butang kawalan (hanya untuk kit dram elektronik).
Ketik nama kit dram berdekatan bahagian atas skrin, kemudian ketik Simpan.
Taipkan nama untuk bunyi tersuai anda, kemudian ketik Selesai.
Kali pertama anda menyimpan bunyi tersuai, kategori Tersuai baharu akan muncul, dengan ikon untuk bunyi anda. Anda boleh menukar nama atau memadamkan bunyi dengan mengetik Edit, kemudian mengetik ikon (untuk menukar nama bunyi) atau bulatan merah (untuk memadamkan bunyi).