Panduan Pengguna GarageBand
- Selamat Datang
-
- Apakah GarageBand?
- Buat asal dan buat semula pengeditan dalam GarageBand
- Dapatkan lebih banyak bunyi dan gelung
- Dapatkan bantuan
-
- Pengenalan kepada Editor
-
- Pengenalan kepada Editor Lembaran Piano
- Tambah not dalam Editor Lembaran Piano
- Edit not dalam Editor Lembaran Piano
- Kuantumkan pemasaan not dalam Editor Lembaran Piano
- Transposisi rantau dalam Editor Lembaran Piano
- Nama semula rantau MIDI dalam Editor Lembaran Piano
- Gunakan automasi dalam Editor Lembaran Piano
-
- Gambaran keseluruhan Smart Controls
- Jenis Smart Control
- Gunakan Pad Transformasi
- Gunakan Arpeggiator
- Tambah dan edit plugin kesan
- Gunakan kesan pada trek induk
- Gunakan pemalam Audio Units
- Gunakan kesan EQ
- Bandingan Smart Control yang diedit dengan seting disimpannya
-
- Mainkan pelajaran
- Pilih sumber input untuk gitar anda
- Sesuaikan tetingkap pelajaran
- Lihat prestasi anda memainkan pelajaran
- Ukur kemajuan anda dari semasa ke semasa
- Perlahankan pelajaran
- Tukar campuran pelajaran
- Lihat tatatanda muzik berhalaman penuh
- Lihat topik glosari
- Berlatih kord gitar
- Tala gitar anda dalam pelajaran
- Buka pelajaran dalam tetingkap GarageBand
- Dapatkan pelajaran Belajar Bermain tambahan
- Jika pelajaran anda tidak selesai dimuat turun
- Pintasan Touch Bar
- Glosari
Bekerja dengan trek induk dalam GarageBand pada Mac
Setiap projek GarageBand mempunyai trek induk. Apabila anda menunjukkan trek induk, ia muncul di bawah trek terakhir dalam kawasan Trek.
Anda boleh mengawal kelantangan main balik keseluruhan projek menggunakan gelangsar Kelantangan dalam bar kawalan atau pada trek induk. Kedua-dua gelangsar bertindak sebagai kawalan kelantangan induk untuk keseluruhan projek.
Secara amnya, anda perlu melaraskan output kelantangan kepada paras yang cukup tinggi untuk menyingkirkan hingar latar belakang tetapi tidak cukup tinggi sehingga menyebabkan pemenggalan. Anda boleh menyemak untuk pangkasan dengan melihat penunjuk penggalan dalam meter paras induk.
Anda boleh menambah pudar keluar dengan mudah pada penghujung projek, agar bunyi menjadi pudar kepada senyap secara beransur-ansur. Apabila anda menambah pudar keluar, empat titik kelantangan ditambah pada trek induk untuk projek. Titik kelantangan pertama ditambah 10 saat sebelum tamat rantau terakhir dalam projek, yang kedua pada 7 saat, ketiga pada 4 saat dan yang keempat pada hujung rantau terakhir.
Tunjukkan trek induk
Dalam GarageBand pada Mac, pilih Trek > Tunjukkan Trek Induk.
Trek induk muncul di bawah trek terakhir dalam kawasan Trek.
Tambah pudar keluar automatik
Dalam GarageBand untuk Mac, pilih Campuran > Pudar Keluar.
Laraskan panjang pudar keluar
Dalam GarageBand pada Mac, pilih Trek > Tunjukkan Trek Induk.
Pilih Kelantangan dari menu dalam pengepala trek induk.
Gerakkan titik kelantangan di hujung lengkung automasi kelantangan induk untuk melaraskan panjang pudar keluar.
Tambah pudar masuk atau pudar keluar secara manual
Dalam GarageBand pada Mac, pilih Trek > Tunjukkan Trek Induk.
Pilih Kelantangan dari menu dalam pengepala trek induk.
Tambah titik kelantangan pada permulaan lengkung kelantangan untuk pudar masuk atau hujung lengkung bagi pudar keluar.
Gerakkan titik kelantangan untuk melaraskan panjang dan kedalaman (keamatan) pudar masuk atau pudar keluar.
Anda boleh menambah perubahan kelantangan lain pada trek induk dan menggunakannya untuk mengawal fungsi lain, seperti seting kesan induk. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengautomasikan parameter trek, lihat Tunjukkan lengkung automasi trek dalam GarageBand pada Mac dan Tambah dan edit titik automasi dalam GarageBand pada Mac.