Panduan Pengguna GarageBand
- Selamat Datang
-
- Apakah GarageBand?
- Buat asal dan buat semula pengeditan dalam GarageBand
- Dapatkan lebih banyak bunyi dan gelung
- Dapatkan bantuan
-
- Pengenalan kepada Editor
-
- Pengenalan kepada Editor Lembaran Piano
- Tambah not dalam Editor Lembaran Piano
- Edit not dalam Editor Lembaran Piano
- Kuantumkan pemasaan not dalam Editor Lembaran Piano
- Transposisi rantau dalam Editor Lembaran Piano
- Nama semula rantau MIDI dalam Editor Lembaran Piano
- Gunakan automasi dalam Editor Lembaran Piano
-
- Gambaran keseluruhan Smart Controls
- Jenis Smart Control
- Gunakan Pad Transformasi
- Gunakan Arpeggiator
- Tambah dan edit pemalam kesan
- Gunakan kesan pada trek induk
- Gunakan pemalam Audio Units
- Gunakan kesan EQ
- Bandingan Smart Control yang diedit dengan seting disimpannya
-
- Mainkan pelajaran
- Pilih sumber input untuk gitar anda
- Sesuaikan tetingkap pelajaran
- Lihat prestasi anda memainkan pelajaran
- Ukur kemajuan anda dari semasa ke semasa
- Perlahankan pelajaran
- Tukar campuran pelajaran
- Lihat tatatanda muzik berhalaman penuh
- Lihat topik glosari
- Berlatih kord gitar
- Tala gitar anda dalam pelajaran
- Buka pelajaran dalam tetingkap GarageBand
- Dapatkan pelajaran Belajar Bermain tambahan
- Jika pelajaran anda tidak selesai dimuat turun
- Pintasan Touch Bar
- Glosari
- Hak Cipta
Berlatih kord gitar dalam GarageBand pada Mac
Belajar Bermain termasuk pelatih kord yang boleh anda gunakan untuk berlatih kord gitar. Dalam pelatih kord, kord dihimpunkan mengikut major dan minor serta sama ada ia kord kedudukan terbuka atau kord barre. Anda boleh memilih jenis kord yang anda mahu berlatih.
Apabila anda memilih jenis kord, kord muncul dalam tetingkap. Apabila anda bermain kord pertama dengan betul, kord tambahan muncul di sebelah kanan. Anda boleh berlatih kord dalam tertib yang dipaparkan atau memilih kord khusus untuk berlatih. Penjarian untuk kord semasa turut muncul pada fretboard beranimasi.
Nota: Sebelum memulakan persembahan, pastikan gitar anda telah ditala. Not atau kord yang tidak ditala dianggap ralat. Juga, jika anda memainkan gitar elektrik, pastikan kelantangan gitar tidak cukup tinggi sehingga menyebabkan pangkasan. Not yang terpenggal dianggap ralat.
Buka pelatih kord
Dalam GarageBand pada Mac, pilih Fail > Baharu.
Dalam Pemilih Projek, klik Belajar Bermain.
Dwiklik Pelatih Kord.
Pilih jenis kord yang anda mahu berlatih daripada menu timbul Pelatih Kord di penjuru kiri atas tetingkap.
Kord untuk jenis yang dipilih muncul dalam tetingkap. Penjarian untuk kord semasa turut muncul pada fretboard beranimasi.
Latih kord dengan pelatih kord
Dalam GarageBand pada Mac, mainkan kord semasa seperti yang ditunjukkan dalam pelatih kord.
Apabila anda bermain kord semasa dengan betul, ia diserlahkan dalam warna hijau dan kord lain muncul di sebelah kanan. Meter prestasi, yang terletak di sebelah kiri bar kawalan, menunjukkan masa yang tersedia untuk memainkan kord dalam jujukan semasa.
Untuk memulakan jujukan sekali lagi, klik butang Pergi ke Permulaan dalam bar kawalan.
Pilih kod khusus untuk berlatih
Dalam GarageBand pada Mac, klik nama kord dalam baris di atas bar kawalan.
Hentikan jujukan semasa
Dalam GarageBand pada Mac, klik butang Pergi ke Permulaan (segi tiga menuding kiri) dalam bar kawalan.
Keluar daripada pelatih kord
Dalam GarageBand pada Mac, klik “x” kecil dalam bulatan kelabu di penjuru kiri atas tetingkap.
Apabila anda keluar daripada pelatih kord, anda kembali ke Pemilih Projek. Dari Pemilih Projek, anda boleh membuka pelajaran atau projek GarageBand.