Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pilih ketepatan dan pengamiran angka untuk persamaan dalam Grapher pada Mac
Grapher membolehkan anda memilih dengan tepat pengiraan dan kaedah pengamilan untuk digunakan bagi persamaan.
Pilih ketepatan angka
Dalam app Grapher pada Mac anda, pilih Grapher > Seting, kemudian klik Lanjutan. Gunakan penggelongsor untuk menentukan ketepatan angka.
Pilih kaedah pengamiran lalai
Dalam app Grapher pada Mac anda, pilih Grapher > Seting, kemudian klik Lanjutan.
Dalam bahagian Pengamiran, klik menu timbul Kaedah Lalai, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh menukar parameter yang digunakan untuk kaedah dalam medan di bawah menu timbul.