Kawal aksesori Rumah pada Mac
Anda boleh mengawal aksesori HomeKit dengan app Rumah pada Mac anda.
Kawal aksesori
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik aksesori untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan aksesori, atau dwiklik aksesori untuk melihat lebih banyak pilihan. Kawalan tersedia bergantung kepada jenis aksesori. Sebagai contoh, dengan sesetengah mentol lampu anda boleh menukar kecerahan atau warna.
Kawal aksesori dengan berbilang ciri
Aksesori dengan berbilang ciri dikawal oleh satu jubin aksesori. Sebagai contoh, jika ada mempunyai kipas siling dengan lampu terbina dalam, anda boleh mengawal kelajuan kipas dan kecerahan lampu daripada jubin yang sama. Begitu juga, jika anda mempunyai sensor yang mengesan kelembapan, suhu dan kualiti udara, semua ciri dikawal daripada satu jubin.
Kawalan tersedia bergantung kepada jenis aksesori.
Dalam app Rumah pada Mac anda, dwiklik jubin aksesori yang mempunyai berbilang ciri.
Klik Aksesori, kemudian klik salah satu ciri untuk mengawal atau melihatnya.
Kawal termostat
Anda boleh mengawal termostat dengan menggerakkan pemilih pada pengawal Gelang, atau mengklik pada mod, seperti Haba, Sejuk, atau Auto.
Kawal HomePod
Selain mengklik jubin HomePod untuk memainkan atau menjeda muzik, anda boleh mencipta suasana untuk mengawal muzik pada HomePod.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik , kemudian klik Tambah Suasana.
Namakan suasana, klik Tambah Aksesori, pilih bulatan bersebelahan HomePod, kemudian klik Selesai.
Klik Audio (di bawah Media) untuk memilih pilihan—Jeda Audio, Teruskan Audio, atau Laraskan Kelantangan Sahaja.
Klik , kemudian klik Selesai.
Tambah aksesori ke bilik
Anda boleh menambah aksesori ke bilik atau memindahkannya ke bilik lain.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah, kemudian dwiklik aksesori.
Klik Bilik, pilih bilik daripada senarai (atau cipta bilik baru), kemudian klik di bahagian penjuru kanan atas.
Petua: Klik kanan (atau Control-klik) jubin aksesori untuk mengakses butang Tunjukkan Kawalan dan Seting dengan cepat.
Namakan semula aksesori
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah, kemudian dwiklik aksesori.
Padam nama aksesori, masukkan nama baru, kemudian klik di bahagian penjuru kanan atas.
Edit bilik
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Edit > Edit Bilik. Anda boleh menukar nama atau hias latar bilik, atau anda boleh mengeluarkan bilik.
Petua: Anda boleh menyesuaikan hias latar anda dengan menyeret dan menjatuhkan imej seperti fail JPG atau TIFF.
Tambah bilik ke zon
Anda boleh mengumpulkan bilik untuk membentuk zon supaya aksesori dalam bilik serupa dikawal sekali gus. Sebagai contoh, anda boleh mencipta zon untuk mengawal semua bilik di aras bawah rumah anda dan memanggilnya Aras Bawah.
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Edit > Edit Bilik.
Klik Bilik di penjuru kiri atas tetingkap, kemudian klik bilik.
Klik Zon, klik zon daripada senarai atau Cipta Baru untuk mencipta zon baru, kemudian klik Selesai.
Tambah dua atau lebih bilik untuk mencipta zon.
Untuk menyasarkan zon ini, sebut kepada Siri: “Matikan lampu di tingkat bawah.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Anda tidak boleh menamakan semula zon, tetapi anda boleh memadamnya dengan meleret kiri dengan dua jari pada trackpad dan mengklik Padam.
Jadikan aksesori kegemaran
Secara lalai, lapan aksesori pertama yang anda tambah ke Rumah disenaraikan sebagai kegemaran secara automatik, tetapi anda boleh menambah lebih banyak aksesori sebagai kegemaran.
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Paparan, kemudian pilih bilik yang aksesori ditetapkan.
Dwiklik aksesori, kemudian klik Sertakan dalam Kegemaran.
Klik di bahagian penjuru kanan atas.
Aksesori muncul sebagai kegemaran.
Tukar ikon mentol lampu
Anda boleh menukar ikon mentol lampu; tetapi anda tidak boleh menukar ikon aksesori lain.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah, kemudian dwiklik aksesori mentol lampu.
Klik ikon mentol lampu, kemudian pilih alternatif. Klik Selesai, kemudian klik di bahagian penjuru kanan atas.
Susun semula kegemaran anda
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah atau butang Bilik.
Klik dan seret aksesori atau suasana untuk mengalihkannya.