Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kawal aksesori Rumah daripada desktop Mac anda atau Pusat Pemberitahuan
Anda boleh menggunakan widget Rumah untuk mengakses, memantau dan mengawal aksesori, tanpa perlu membuka app Rumah. Anda boleh menambah widget Rumah ke Pusat Pemberitahuan atau desktop Mac anda.
Pada Mac anda, Control-klik hias latar, kemudian pilih Edit Widget.
Dalam pelayar widget, klik Rumah dalam bar sisi.
Seret widget ke mana-mana kedudukan pada desktop.
Klik Selesai di penjuru kanan bawah pelayar widget.