Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi kawalan aksesori Rumah pada Mac
Anda boleh menjemput orang lain untuk mengawal aksesori dalam rumah anda. Orang yang anda jemput perlu menyediakan iCloud.
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Edit dalam bar menu, kemudian pilih Edit Rumah.
Dalam skrin seting Rumah, klik Jemput, kemudian masukkan Apple ID pengguna yang anda mahu berkongsi kawalan aksesori Rumah anda.
Klik Hantar.
Jemputan muncul dalam kawasan Orang pada skrin seting Rumah dan dihantar kepada pengguna. Selepas jemputan diterima, pengguna boleh mengawal aksesori Rumah anda.