
Sembunyikan buku yang dibeli
Anda boleh sembunyikan buku dalam pustaka iBooks anda yang anda tidak mahu lihat pada sebarang peranti. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga anda tidak dapat melihat atau muat turun buku tersembunyi.
Sembunyikan buku
Klik iBooks Store dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai), kemudian klik Ditampilkan dalam bar alat.
Klik Dibeli di bawah Pautan Cepat di sebelah kanan, kemudian klik Semua.
Tempatkan penuding ke atas buku yang anda ingin sembunyikan, kemudian klik Padam
.
Nyahsembunyikan buku
Klik iBooks Store dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai).
Klik Akaun, kemudian masukkan kata laluan anda.
Dalam bahagian “iTunes dalam Cloud“, klik Urus ke kanan Pembelian Tersembunyi.
Klik Nyahsembunyikan untuk setiap buku yang anda mahu tunjukkan sekarang dalam pustaka anda.