Isi kata laluan iCloud secara automatik dalam pelayar web pada komputer Windows anda
Apabila anda menyediakan Kata Laluan iCloud dalam iCloud untuk Windows, anda boleh mengakses kata laluan yang disimpan dalam Rantai Kunci iCloud dalam Google Chrome atau Microsoft Edge.
Nota: Kata Laluan iCloud hanya berfungsi dalam Chrome pada komputer yang mempunyai iCloud untuk Windows. Ia tidak berfungsi dalam Chrome pada Mac.
Aktifkan sambungan Kata Laluan iCloud
Anda perlu mengaktifkan sambungan Kata Laluan iCloud untuk mengakses kata laluan anda. Jika sambungan diaktifkan, anda dapat melihat dalam bar alat pelayar.
Dalam Chrome atau Edge pada komputer Windows, klik dalam bar alat pelayar.
Kod pengesahan enam digit dijanakan pada komputer Windows anda. Anda dapat melihat kod tersebut dalam tetingkap timbul berdekatan dengan bar tugas.
Masukkan kod pengesahan enam digit dalam dialog.
Akses kata laluan yang disimpan di Chrome atau Edge
Sekiranya anda berada di laman web yang mempunyai kata laluan yang tersimpan, Kata Laluan iCloud boleh mengisi kata laluan secara automatik untuk anda.
Di Chrome atau Edge pada komputer Windows, pergi ke laman web tempat anda menyimpan kata laluan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Klik medan nama pengguna, kemudian pilih akaun.
Klik butang Kata Laluan iCloud dalam bar alat pelayar, kemudian pilih akaun.
Nama pengguna dan kata laluan diisi secara automatik pada laman web dan anda boleh mendaftar masuk. Jika anda menyediakan kod pengesahan untuk laman web, kod pengesahan juga akan diisikan secara automatik.
Tambah kata laluan baharu
Apabila anda mencipta akaun baharu atau memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang tidak disimpan di iCloud, Kata Laluan iCloud dapat menyimpan bukti kelayakan. Anda kemudian boleh mengakses nama pengguna dan kata laluan pada peranti Apple anda yang menghidupkan Rantai Kunci iCloud.
Dalam Chrome atau Edge pada komputer Windows, cipta atau masukkan akaun baharu di laman web.
Klik Simpan Kata Laluan dalam dialog untuk menambah akaun ke iCloud.
Anda juga boleh menambah atau mengemas kini kata laluan dalam app Kata Laluan iCloud.
Kemas kini kata laluan yang sedia ada
Jika anda mengubah kata laluan anda pada laman web dan kata laluan lama disimpan dalam iCloud, anda boleh mengemas kini kata laluan apabila anda mendaftar masuk ke laman web itu buat kali seterusnya. Kata laluan juga dikemas kini pada peranti Apple anda yang menghidupkan Rantai Kunci iCloud.
Dalam Chrome atau Edge pada komputer Windows, pergi ke laman web dan daftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang dikemas kini.
Klik Kemas Kini Kata Laluan dalam dialog untuk mengemas kini akaun di iCloud.
Nota: Jika kata laluan berada dalam kumpulan dikongsi, dialog tidak muncul. Sebaliknya, edit nama pengguna atau kata laluan dalam app Kata Laluan iCloud.