Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika Tangkap Imej tidak terbuka semasa anda menyambungkan peranti ke Mac anda
Jika Tangkap Imej tidak terbuka semasa anda menyambungkan pengimbas, kamera, peranti iOS, peranti iPadOS, atau peranti lain dengan kamera ke Mac anda, anda boleh mengeset pilihan dalam Tangkap Imej supaya perkara tersebut berlaku.
Sambung peranti anda ke komputer anda, kemudian aktifkan peranti.
Anda mungkin diminta untuk percaya peranti atau membuka kunci peranti menggunakan kod laluan.
Dalam app Tangkap Imej pada Mac anda, pilih peranti dalam senarai Peranti atau Dikongsi.
Klik butang Tindakan dalam bar alat Tangkap Imej.
Klik menu timbul “Menyambung [peranti] ini membuka”, kemudian pilih Tangkap Imej.