Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Buka Tangkap Imej apabila anda menyambungkan peranti ke Mac anda secara automatik
Anda boleh mengesetkan pilihan supaya Tangkap Imej membuka secara automatik apabila anda menyambungkan pengimbas, kamera, iPhone, iPad, iPod touch atau peranti lain yang mempunyai kamera ke Mac anda.
Sambung peranti anda ke komputer anda, kemudian aktifkan peranti.
Anda mungkin diminta untuk percaya peranti atau membuka kunci peranti menggunakan kod laluan.
Dalam app Tangkap Imej pada Mac anda, pilih peranti dalam senarai Peranti atau Dikongsi.
Klik butang Tindakan dalam bar alat Tangkap Imej.
Klik menu timbul “Menyambung [peranti] ini membuka”, kemudian pilih Tangkap Imej.