Import ke dalam iMovie pada iPhone daripada iCloud Drive
Jika anda menggunakan iCloud, anda boleh mengimport klip video atau projek iMovie daripada iCloud Drive.
iCloud Drive memerlukan iOS 8 atau lebih baru, Mac dengan OS X Yosemite v10.10 atau lebih baru, atau PC dengan Windows 7 atau lebih baru.
Penting: Jika anda menggunakan Foto iCloud, anda tidak boleh menyelaraskan foto atau klip video anda menggunakan Finder atau iTunes. Lihat Pindahkan media ke iMovie pada iPhone.
Import projek iMovie daripada iCloud Drive
Dalam pelayar Projek, ketik butang Pilihan Lanjut di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Import Projek.
Ketik Layari, kemudian navigasi ke folder iMovie.
Ketik nama projek yang anda mahu import.
Apabila import selesai, projek tersebut dibuka dan boleh diedit sama seperti sebarang projek lain.
Import klip video daripada iCloud Drive
Cipta projek baru atau buka projek sedia ada untuk diedit.
Ketik butang Tambah Media , kemudian ketik Fail.
Ketik Layari, ketik iCloud Drive, navigasi ke klip yang anda mahu import dan kemudian ketik untuk memilihnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah klip video dan foto dalam iMovie pada iPhone.