Skrin Kamera dalam mod Foto, dengan mod lain di bahagian kiri dan kanan di bawah pencari paparan. Butang untuk Denyar, mod Malam, Kawalan Kamera dan Live Photo berada di bahagian atas skrin. Di bawah mod kamera ialah, dari kiri ke kanan, butang Pemapar Foto dan Video, butang Ambil Gambar dan butang Pemilih Kamera Pandang Belakang.

Ambil syot terbaik anda

Gunakan iPhone anda untuk mengambil syot yang hebat dalam sebarang situasi. Daripada foto yang spontan ke potret berkualiti studio—anda boleh mengambil kesemuanya pada kamera iPhone anda.

Ketahui cara untuk mengambil foto dan video yang menakjubkan

Skrin Utama, menunjukkan lata belakang yang diperibadikan, widget Peta dan Kalendar dan app ikon lain.

Jadikan anda punya sendiri

Sesuaikan latar belakang Skrin Utama anda, tambahkan widget untuk melihat maklumat penting sekilas pandang, susun app anda dan banyak lagi.

Peribadikan Skrin Utama iPhone anda

Panggilan FaceTime kumpulan dengan lima peserta, termasuk pemilik asal. Setiap peserta kelihatan dalam jubin berlainan.

Berhubung

Gunakan iPhone untuk berhubung dengan rakan dan keluarga dengan cara yang baru.

Kekal berhubung dengan iPhone

Skrin Ringkasan dalam app Kesihatan menunjukkan sorotan untuk langkah yang diambil pada hari tersebut. Serlahan menyatakan, “Anda berjalan secara purata 10,469 langkah sehari selama 7 hari”. Carta di atas serlahan menunjukkan 5,094 langkah di ambil setakat hari ini. Butang Ringkasan berada di bahagian kiri bawah dan butang Layari di bahagian kanan bawah.

Kekal sihat

iPhone boleh membantu anda menjejak data tentang kesihatan dan corak aktiviti, memulakan rutin waktu tidur dan banyak lagi.

Jejak kesihatan dan kesejahteraan anda dengan iPhone

Untuk meneroka Panduan Pengguna iPhone, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.