Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan HomePod dengan iTunes pada PC
Anda boleh menggunakan HomePod untuk memainkan muzik daripada katalog Apple Music. Selepas anda menyediakan HomePod anda, ia memainkan audio secara terus daripada Apple Music atau audio yang dihantar daripada iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple TV. Lihat Panduan Pengguna HomePod.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih mana-mana yang berikut untuk memainkan muzik:
Klik butang AirPlay di bahagian atas tetingkap iTunes, kemudian pilih kotak semak bersebelahan HomePod.
Apa jua lagu yang anda sedang mainkan dalam iTunes pada komputer anda kini bermain pada HomePod juga.
Nota: Anda juga boleh memainkan podcast atau buku audio daripada komputer anda pada HomePod.