Padam lagu dan item lain dalam iTunes pada PC
Dalam iTunes pada PC, padamkan lagu, senarai main, folder dan kandungan lain. Anda boleh mengeluarkan item daripada pustaka anda atau daripada komputer anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (contohnya Muzik atau Filem) daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik item untuk memilihnya, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Alihkan ke Tong Kitar Semula. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Tong Kitar Semula.
Jika anda memadamkan item daripada senarai main, item kekal dalam pustaka iTunes anda dan pada komputer anda.
Jika anda memadamkan senarai main atau folder, lagu dalam senarai main atau folder kekal dalam pustaka anda dan pada komputer anda.
Jika anda memadam folder, semua senarai main dan folder dalam folder tersebut dipadam. Lihat Pengenalan kepada senarai main.
Jika anda melanggan Apple Music atau iTunes Match, lagu yang anda padamkan daripada pustaka iTunes anda masih tersedia di iCloud, jadi anda boleh memainkan atau memuat turunnya pada bila-bila masa.
Jika anda tidak dapat mengeluarkan lagu, pastikan anda tidak memilih lagu dalam Senarai Main Pintar dengan “Kemas kini langsung” diaktifkan.