Dengar radio internet dalam iTunes pada PC
Anda boleh menggunakan iTunes untuk mendengar muzik distrimkan melalui internet. iTunes juga boleh memainkan banyak jenis fail audio yang tersedia di internet, termasuk program dituturkan.
Dengar stesen internet
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih Radio Internet dalam bar sisi di sebelah kiri.
Jika anda tidak nampak Radio Internet, pilih Edit (bersebelahan Pustaka dalam bar sisi), pilih kotak semak Radio Internet, kemudian klik Selesai.
Untuk melihat stesen yang tersedia, klik segi tiga bersebelahan jenis muzik yang anda mahu dengar.
Untuk menala, dwiklik stesen.
Jika anda menggunakan modem dail untuk bersambung ke internet, pilih stesen dengan kadar bit kurang daripada 48 kilobit per saat (kbps) untuk hasil terbaik. Untuk melihat kadar bit stesen, pilih stesen, kemudian pilih Edit > Info Lagu.
Petua: Jika anda menyukai stesen dan mahu menyimpannya untuk mendengarnya lagi, seretnya daripada senarai stesen Radio Internet ke Senarai Main Muzik dalam bar sisi. Jika anda mempunyai berbilang stesen radio yang anda sukai, anda boleh mencipta folder senarai main untuk semua stesen itu.
Bersambung ke siaran Internet
Jika anda tahu URL tepat bagi siaran internet atau fail audio, iTunes boleh bersambung terus kepadanya.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Buka Strim.
Masukkan URL penuh siaran atau fail yang anda mahu dengar.
Penting: Pastikan awalan http:// atau https:// disertakan apabila anda masukkan URL.
Untuk maklumat tentang jenis fail yang boleh dimainkan oleh iTunes, lihat Pilih seting import.
Sediakan iTunes sebagai pemain radio internet lalai anda (Windows 10)
Pada PC anda, pergi ke Mula > Seting, kemudian pilih App.
Dalam bar sisi, klik “App lalai”.
Di bawah Pemain Muzik, klik app lalai semasa.
Klik iTunes.
Walaupun iTunes bukan pemain audio lalai anda, anda boleh memainkan sebarang fail audio menggunakan iTunes dengan mengklik kanan fail dan memilih Buka Dengan iTunes.
Setkan iTunes sebagai pemain radio internet lalai anda (Windows 7, 8, atau Vista)
Pada PC anda, pergi ke Mula > Program Lalai.
Klik “Setkan program lalai anda.”
Dalam senarai di sebelah kiri, klik iTunes.
Klik “Setkan program ini sebagai lalai.”
Walaupun iTunes bukan pemain audio lalai anda, anda boleh memainkan sebarang fail audio menggunakan iTunes dengan mengklik kanan fail dan memilih Buka Dengan iTunes.
Anda tidak boleh merakam atau menyimpan lagu daripada siaran internet, tetapi anda boleh menambah stesen kegemaran anda ke pustaka atau senarai main anda agar anda boleh mendengar dengan mudah.