Gunakan berbilang pustaka iTunes pada PC
Anda boleh memiliki lebih daripada satu pustaka iTunes. Contohnya, anda mungkin ada pustaka muzik musim cuti yang tidak akan kelihatan dalam iTunes pada hari-hari lain. Atau anda boleh menyimpan muzik anda dalam pustaka pada komputer anda dan filem anda dalam pustaka pada peranti storan luaran.
Cipta atau pilih pustaka
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Fail > Keluar.
Tekan dan tahan kekunci Shift semasa anda membuka iTunes (pergi ke Mula, kemudian pilih iTunes > iTunes).
Dalam tetingkap yang kelihatan, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cipta pustaka baharu: Klik Cipta Pustaka.
Pilih pustaka lain: Klik Pilih Pustaka.
Anda boleh menamakan pustaka iTunes anda (folder yang mengandungi kandungan iTunes anda dan fail Library.itl iTunes) apa-apa yang anda suka. Untuk hasil terbaik, jika anda mencipta pustaka iTunes tambahan, anda tidak boleh menamakan pustaka baharu sebagai “iTunes” atau “iTunes Music”. Pastikan bahawa setiap pustaka iTunes mempunyai nama uniknya yang sendiri agar anda dapat membezakannya.
Setkan keutamaan pustaka
Dalam setiap pustaka yang anda cipta, anda boleh memilih keutamaan berlainan untuk folder iTunes Media, jenis kandungan yang dipaparkan, seting ibu bapa dan nama pustaka.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Selepas memilih pustaka, pilih Edit > Keutamaan.