Strim kandungan ke Apple TV dengan Perkongsian Rumah dalam iTunes pada PC
Apple TV membolehkan anda menikmati keseluruhan pustaka iTunes anda pada sistem teater rumah anda. Dengan Apple TV (generasi kedua atau lebih baru), anda boleh menstrim kandungan ke sistem teater rumah anda daripada sebarang pustaka iTunes dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda. Anda juga boleh menstrim foto digital yang disimpan pada komputer anda.
Untuk menstrim kandungan ke Apple TV, anda mesti menyediakan Perkongsian Rumah dalam iTunes dan pada Apple TV.
Sediakan Perkongsian Rumah pada komputer anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Aktifkan Perkongsian Rumah.
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Aktifkan Perkongsian Rumah.
Ulangi langkah ini untuk setiap komputer yang anda mahu gunakan untuk menstrim kandungan ke Apple TV, menggunakan Apple ID dan kata laluan yang sama.
Sediakan Perkongsian Rumah pada Apple TV
Pada Apple TV, pilih Seting > Akaun > Perkongsian Rumah.
Pilih Aktifkan Perkongsian Rumah, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan yang sama yang anda masukkan pada komputer anda.
Strim filem iTunes atau rancangan TV anda ke Apple TV
Pada PC anda, pastikan app iTunes anda terbuka.
Pada Apple TV anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Strim filem: Pilih filem, kemudian pilih Dibeli daripada menu teratas.
Filem yang anda telah beli atau sewa muncul pada Apple TV. Untuk memainkan item, pilihnya.
Strim rancangan TV: Pilih Rancangan TV, kemudian pilih Dibeli daripada menu teratas.
Rancangan TV anda telah beli muncul pada Apple TV. Untuk memainkan item, pilihnya.
Strim foto daripada komputer anda ke Apple TV
Selepas Perkongsian Rumah disediakan pada komputer anda dan pada Apple TV, anda boleh menggunakan iTunes untuk menstrim foto ke sistem teater rumah anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Pilih Foto untuk Dikongsi dengan Apple TV.
Dalam tetingkap yang muncul, pilih Kongsi Foto Daripada, kemudian pilih sumber daripada menu timbul.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih “Semua foto dan album.”
Pilih “Album yang dipilih,” kemudian pilih item yang anda mahu strim.
Klik Guna.
Lihat Panduan Persediaan Apple TV.