Import media menggunakan Perkongsian Rumah dalam iTunes pada PC
Anda boleh menggunakan Perkongsian Rumah untuk mengimport item dari sehingga lima pustaka iTunes pada komputer lain. Untuk menggunakan Perkongsian Rumah, anda mesti mempunyai Apple ID atau (Akaun Apple).
Pada bila-bila masa anda memuat turun item daripada Apple Music atau iTunes Store ke komputer dalam rangkaian Perkongsian Rumah, anda boleh memuat turun item secara automatik ke komputer lain dalam rangkaian tersebut.
Aktifkan Perkongsian Rumah
Ikuti langkah-langkah ini pada setiap komputer yang anda mahu sertakan dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Fail > Perkongsian Rumah > Aktifkan Perkongsian Rumah.
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Aktifkan Perkongsian Rumah.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID (atau Akaun Apple), klik Cipta Apple ID Baharu dan ikuti arahan atas skrin.
Import item daripada pustaka lain menggunakan Perkongsian Rumah
Pada komputer yang anda mahu gunakan sebagai sumber import, aktifkan Perkongsian Rumah dan buka app iTunes .
Pada komputer yang anda mahu gunakan sebagai destinasi import, pastikan Perkongsian Rumah diaktifkan, buka app iTunes , kemudian pilih pustaka dikongsi daripada menu timbul di bahagian kiri atas.
Klik menu timbul Tunjukkan di bahagian bawah tetingkap iTunes, kemudian pilih “Item yang tiada dalam pustaka saya”.
Pilih item yang anda mahu import, kemudian klik Import.
Import pembelian baharu iTunes Store secara automatik daripada komputer lain
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih pustaka dikongsi dari menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Seting di bahagian bawah tetingkap.
Pilih jenis kandungan yang anda mahu import secara automatik, kemudian klik OK.
Nyahaktifkan Perkongsian Rumah
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Fail > Perkongsian Rumah > Nyahaktifkan Perkongsian Rumah, kemudian ulang pada setiap komputer.
Jika komputer dikongsi tidak kelihatan apabila Perkongsian Rumah diaktifkan, nyahaktifkan Perkongsian Rumah, kemudian aktifkannya sekali lagi.
Untuk mengetahui cara untuk menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.