Tambah dan muat turun item dalam iTunes pada PC
Sebaik sahaja anda menyertai Apple Music, anda boleh menambahkan lagu, album, senarai main, rancangan TV, filem dan video muzik daripada Apple Music ke Pustaka Muzik iCloud anda, yang boleh diakses pada bila-bila masa anda mendaftar masuk ke Apple Music.
Selepas anda menambahkan item ke Pustaka Muzik iCloud, anda boleh memuat turunnya ke komputer atau peranti anda untuk dimainkan pada bila-bila masa, walaupun anda di luar talian.
Nota: Muzik yang anda muat turun daripada Apple Music kepada komputer anda tidak boleh dibakar pada cakera atau ditambah kepada peranti, seperti iPad atau iPod. Muzik hanya boleh dimuat turun ke peranti terus daripada Apple Music. Lihat Pengenalan kepada penyelarasan.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (contohnya Muzik atau Filem) daripada menu timbul di sebelah kiri atas.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Untukmu, kemudian klik Pengesyoran.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Lihat perkara baru dalam Apple Music: Klik Layari, kemudian klik kategori (Muzik mengikut Mood, 100 Teratas Harian dan seterusnya).
Cari dalam katalog Apple Music: Klik dalam medan carian di penjuru kanan atas tetingkap iTunes, masukkan perkataan atau frasa, kemudian klik Keseluruhan Apple Music.
Untuk menambah item ke pustaka anda, klik kanan item, kemudian pilih Tambah ke Pustaka Muzik iCloud.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, sama ada anda tidak mendaftar masuk ke Apple Music atau pilihan Pustaka Muzik iCloud tidak dipilih dalam keutamaan. Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Pilih Edit > Keutamaan, klik Umum, pastikan Pustaka Muzik iCloud dipilih, kemudian klik OK. Apabila kotak semak ini dipilih, anda juga melihat item yang anda telah tambah pada komputer dan peranti lain.
Untuk memuat turun item ke komputer anda, klik butang Muat Turun iCloud di sebelah item.
Untuk hanya melihat item yang anda muat turun, klik Dimuat Turun dalam bar sisi di sebelah kiri.
Jika anda tidak memperbaharui langganan Apple Music anda, item dimuat turun kekal pada komputer anda, tetapi anda tidak boleh memainkannya sehingga anda menyertai semula.