
Mainkan muzik dan video yang disyorkan dalam iTunes pada Mac
Apabila anda menyertai Apple Music, anda ditanya tentang genre muzik dan artis keutamaan anda. Apple Music kemudian menggunakan keutamaan anda untuk membuat pengesyoran bagi anda. Anda boleh mengemas kini keutamaan anda pada bila-bila masa.
Anda juga boleh memberitahu Apple Music tentang lagu dan album yang paling anda suka dan yang anda paling tidak suka.
Mainkan muzik dan video daripada Apple Music
Dalam app iTunes
pada Mac anda, pilih pilihan (contohnya, Muzik atau Filem) daripada menu timbul di bahagian kiri atas.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Untukmu, kemudian klik Pengesyoran.
Jika anda tidak nampak Untukmu, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID jika anda belum lagi daftar masuk.
Lihat perkara baru dalam Apple Music: Klik Layari, kemudian klik kategori (Muzik Baru, Senarai Main, TV & Filem dan seterusnya).
Cari dalam katalog Apple Music: Klik dalam medan carian di penjuru kanan atas tetingkap iTunes, masukkan kriteria carian untuk item yang anda mahu cari, kemudian klik Keseluruhan Apple Music.
Untuk memainkan item, dwikliknya. Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda juga boleh mengetik butang Main
dalam Touch Bar.
Gemar (atau nyahsuka) lagu atau album
Dalam app iTunes
pada Mac anda, pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Untuk menggemari atau menyahsuka lagu atau album, tahan penuding anda di atas item, klik butang Menu Tindakan
, kemudian pilih Gemar atau Nyahsuka. Anda boleh juga mengklik butang Tidak Digemari
atau butang Digemari
di mana-mana sahaja ia muncul dalam iTunes.
Petua: Untuk melihat semua lagu keutamaan anda pada satu tempat, cipta Senarai Main Pintar untuk lagu dan album digemari anda.