Cipta profil Apple Music dalam iTunes pada PC
Selepas anda menyertai Apple Music, anda perlu mencipta profil dan menambah rakan sebelum anda boleh berkongsi muzik.
Cipta profil anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Mulakan.
Anda boleh menjemput rakan untuk mengikuti anda selepas menyediakan profil anda.
Jika anda mahu berkongsi muzik dengan rakan selepas anda menambah mereka, pastikan anda memilih Orang yang Anda Benarkan dalam kawasan “Pilih orang yang boleh mengikuti anda”.
Anda boleh menjemput rakan untuk mengikuti anda selepas anda selesai menyediakan profil anda.
Tambah atau keluarkan rakan
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Cari Lebih Ramai Rakan di bahagian bawah profil anda.
Klik Cari Lebih Ramai Rakan lagi, kemudian klik Ikuti atau Jemput untuk berhubung dengan rakan.
Untuk menentukan orang yang muncul dalam senarai ini, pilih Akaun > Apple Music > Seting Cari Rakan.
Klik Selesai.
Secara alternatif, anda boleh memasukkan nama rakan dalam medan carian, pilih hasil, kemudian klik Ikuti. Jika anda tidak dapat mencari seseorang, pastikan mereka mencipta profil. Jika profil rakan diperibadikan, mereka perlu meluluskan permintaan anda.
Untuk berhenti mengikuti seseorang, klik butang Akaun Saya, klik profil rakan tersebut, kemudian klik Mengikuti.
Terima atau tolak permintaan
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Lihat Permintaan.
Anda menerima permintaan hanya jika anda memilih Orang yang Anda Benarkan dalam profil anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Terima permintaan: Klik butang Terima Permintaan untuk membenarkan orang itu mengikuti anda.
Tolak permintaan: Klik butang Tolak Permintaan jika anda tidak mahu orang itu mengikuti anda.
Keluarkan profil anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Edit.
Klik Padam Profil, kemudian klik Padam Profil lagi untuk mengesahkan.
Selepas anda memadam profil anda, profil dan senarai main anda tidak lagi akan muncul dalam carian dan pengikut anda tidak lagi akan melihat anda atau muzik anda dalam profil mereka. Jika anda mencipta profil anda lagi dalam 90 hari, maklumat dan pengikut anda sebelum ini akan dipulihkan.