Cipta profil Apple Music dalam iTunes pada PC
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh mencipta profil Apple Music yang disertakan artis kegemaran anda, senarai main dan seterusnya. Anda boleh berkongsi profil anda dengan semua orang atau hanya rakan yang anda jemput untuk melihat profil.
Selepas anda mencipta profil, anda boleh memilih senarai main yang anda mahu kongsi. Tambahan lagi, anda boleh melihat profil yang dicipta oleh rakan atau meminta untuk melihat apa-apa yang mereka sedang dengar.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Cipta profil
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID (atau Akaun Apple) anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Mulakan.
Ikut gesaan atas skrin untuk mencipta nama pengguna, cari dan ikut rakan, kongsi senarai main dan banyak lagi.
Jika anda mahu berkongsi muzik dengan rakan sahaja, pastikan anda memilih Orang yang Anda Benarkan dalam kawasan “Pilih orang yang boleh mengikuti anda”.
Klik Selesai.
Selepas anda selesai menyediakan profil, anda boleh mencari rakan yang anda mahu mengikut profil muzik mereka atau pilih orang yang anda berkongsi muzik (supaya rakan boleh melihat perkara yang anda sedang dengar).
Nota: Jika anda pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh membenarkan kanak-kanak mencipta profil Apple Music (atau menghalang mereka daripada berbuat demikian). Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan kawalan ibu bapa pada iPhone dan iPad anak anda.
Edit nama profil atau foto anda
Anda boleh menukar nama anda atau foto yang ditunjukkan dalam profil Apple Music anda.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID (atau Akaun Apple) anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Edit.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Kemas kini nama anda: Masukkan nama baharu.
Kemas kini foto anda: Klik , kemudian pilih foto.
Anda juga boleh mengedit profil anda untuk memilih orang yang anda kongsikan muzik atau untuk memilih muzik untuk dikongsikan dengan pengikut anda.
Padam profil anda
Anda boleh memadamkan profil anda supaya senarai main dan muzik anda tidak lagi kelihatan dalam carian dan pengikut anda tidak lagi akan melihat anda atau muzik anda dalam profil mereka.
Nota: Langganan, pustaka dan senarai main Apple Music anda tidak terjejas jika anda memadamkan profil anda, tetapi anda tidak lagi boleh melihat perkara yang rakan anda dengar.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID (atau Akaun Apple) anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Edit.
Klik Padam Profil, kemudian klik Padam Profil lagi untuk mengesahkan.
Jika anda mencipta profil anda lagi dalam 90 hari, maklumat dan pengikut anda sebelum ini akan dipulihkan.
Nota: Jika anda memadamkan profil anda, mungkin mengambil masa beberapa minit sebelum ia tidak lagi kelihatan kepada pengikut anda atau dalam carian.