Tambah kata laluan ke rantai kunci pada Mac
Anda boleh menggunakan Akses Rantai Kunci untuk menyimpan kata laluan dan maklumat log masuk untuk pelayan, akaun e-mel dan sumber lain, jadi anda tidak perlu mengingati maklumat tersebut atau memasukkannya sendiri apabila anda log masuk.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih rantai kunci dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Fail > Item Kata Laluan Baru.
Petua: Untuk menambah item rantai kunci baru dengan cepat, klik butang Item Rantai Kunci Baru dalam bar alat.
Masukkan maklumat untuk Nama Item, Nama Akaun dan Kata Laluan Rantai Kunci.
Anda boleh memilih Tunjukkan Menaip untuk menunjukkan aksara semasa anda menaip untuk memastikan ia betul.
App dan pelayan mungkin secara automatik mencipta rantai kunci dengan kata laluan untuk anda apabila anda mencipta akaun atau log masuk anda, atau mungkin menawarkan anda pilihan untuk membiarkan Akses Rantai Kunci mengingati kata laluan.
Petua: Untuk menyalin kata laluan dalam item yang dipilih dengan cepat, pilih Edit > Salin Kata Laluan ke Papan Klip.