Naikkan dan turunkan aksara dan teks dalam Keynote pada Mac
Terdapat dua cara untuk menaikkan atau menurunkan teks berhubungan dengan teks bersebelahan:
Jadikan aksara superskrip atau subskrip: Ini akan mengalihkan aksara lebih tinggi atau rendah dan menjadikannya lebih kecil, yang berguna untuk, contohnya, menambahkan tanda hak cipta atau tanda dagangan.
Laraskan anjakan garis dasar: Ini membolehkan anda menala halus peletakan teks tanpa menukar saiz teks.
Jadikan aksara superskrip atau subskrip
Pergi ke app Keynote pada Mac anda.
Buka pembentangan, kemudian pilih aksara yang anda mahu naikkan atau turunkan.
Dalam bar sisi Format , klik tab Teks, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.
Dalam pilihan Fon, klik , klik menu timbul Garis Asas, kemudian pilih Superskrip atau Subskrip.
Jika anda mahu teruskan menaip teks biasa terus selepas superskrip atau subskrip, klik terus selepas aksara superskrip atau subskrip, klik dalam bar sisi, klik menu timbul Garis Asas, kemudian pilih Lalai.
Anda boleh juga menggunakan pintasan papan kekunci untuk menggunakan superskrip atau subskrip pada teks yang dipilih dengan cepat. Untuk superskrip, tekan Control-Shift-Command-Tanda Tambah (+). Untuk subskrip, tekan Control-Command-Tanda Tolak (-).
Naikkan dan turunkan teks tanpa menukar saiznya
Jika anda mahu menjadikan teks lebih tinggi atau rendah berbanding teks bersebelahannya tanpa menukar saiznya, laraskan anjakan garis dasarnya.
Pergi ke app Keynote pada Mac anda.
Buka pembentangan, kemudian pilih aksara yang anda mahu naikkan atau turunkan.
Dalam bar sisi Format , klik tab Teks, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.
Dalam bahagian Fon, klik , kemudian klik anak panah bersebelahan nilai Anjakan Garis Dasar untuk menaikkan atau menurunkan teks yang pilih.
Jadikan akhiran nombor superskrip semasa anda menaip
Anda boleh mengesetkan Keynote untuk menjadikan akhiran nombor (seperti st dan nd) superskrip semasa anda menaip.
Pergi ke app Keynote pada Mac anda.
Pilih Keynote > Seting (daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda).
Klik Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap seting.
Dalam bahagian Pemformatan, pilih kotak semak “Superskrip akhiran nombor”.
Tambah butang untuk superskrip dan subskrip kepada bar alat
Anda boleh menambahkan butang pada bar alat untuk menggunakan superskrip atau subskrip pada teks yang dipilih dengan cepat.
Pergi ke app Keynote pada Mac anda.
Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Nota: Menu Paparan dalam bar alat Keynote tidak mempunyai pilihan ini.
Seret butang Superskrip dan Subskrip ke bar alat.
Klik Selesai.
Untuk mengeluarkan butang, pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat, kemudian seret butang daripada bar alat sehingga ia hilang.