Rakam ke sel menggunakan Logic Remote pada iPad
Anda boleh merakam ke sel, serupa seperti merakam rantau dalam kawasan Trek. Jika baris berkaitan dengan trek audio, anda boleh merakam audio pada sel. Jika sel berkaitan dengan trek instrumen perisian, anda boleh merakam MIDI pada sel. Apabila anda merakam ke sel, sebarang sel yang dimainkan dalam baris lain terus dimainkan. Gunakan seting sel untuk mengeset panjang rakaman dan perkara berlaku apabila anda selesai merakam.
Anda boleh mengeset seting rakaman berikut untuk sel:
Mod: Menentukan perkara yang berlaku pada kandungan sel sedia ada apabila anda merakam dalam sel.
Babak: Setiap rakaman baharu ditambah ke folder babak dalam sel. Selepas rakaman, anda boleh mempratonton babak dan memilih untuk gunakan dalam sel.
Gabung: Setiap rakaman baharu digabungkan dengan rakaman sebelumnya. Pilihan ini tersedia untuk instrumen perisian sahaja.
Gantikan: Setiap rakaman baharu menggantikan rakaman sebelumnya.
Panjang: Menentukan tempoh rakaman. Anda boleh mengeset rakaman untuk berhenti di penghujung nilai Panjang Sel, atau untuk berhenti di bar atau rentak seterusnya selepas anda menghentikan rakaman secara manual.
Panjang Sel: Panjang rakaman ditentukan oleh nilai Panjang Sel di bawah seting Main Daripada.
Bar: Rakaman berhenti pada bar seterusnya selepas anda berhenti merakam secara manual.
Rentak: Rakaman berhenti pada rentak seterusnya selepas anda berhenti merakam secara manual.
Di Penghujung Rakaman: Menentukan perkara yang berlaku apabila rakaman berakhir. Secara lalai, ia disetkan untuk memainkan semula perkara yang anda baru rakam serta-merta. Walau bagaimanapun, anda boleh mengesetnya untuk terus merakam berbilang babak persembahan atau menggabungkan berbilang persembahan instrumen perisian, bergantung pada seting mod Rakaman.
Tukar ke Mod Main: Apabila rakaman berhenti, sel mula memainkan persembahan yang dirakam serta-merta.
Teruskan Rakaman: Apabila rakaman sampai ke penghujung panjang rakaman yang ditentukan, ia sama ada menggantikan rakaman sebelumnya, mencipta babak, atau menggabungkan setiap rakaman berikutnya, bergantung pada seting Mod.
Nota: Anda boleh merakam pada trek instrumen perisian menggunakan Instrumen Sentuh Keyboard dengan mengetik bar atas untuk menunjukkan trek di atas Keyboard, mendayakan rakaman trek, mengetik sel untuk merakam dan memainkan bahagian pada Keyboard.
Nota: Anda boleh merakam pada sel audio dan MIDI, tetapi tidak pada sel Drummer atau corak.
Rakam pada sel kosong
Sentuh dan tahan ikon trek untuk trek yang mengandungi sel, kemudian seret ke kanan untuk menunjukkan kawalan trek.
Ketik butang Rakam Didayakan untuk trek, jika ia belum aktif.
Butang Rakam bulat muncul dalam sel kosong pada trek.
Ketik butang Rakam dalam sel yang anda mahu rakamkan.
Sel mengira detik ke permulaan rakaman.
Rakam pada sel menggunakan mikrofon (untuk sel audio), Instrumen Sentuh (untuk sel instrumen perisian) atau papan kekunci MIDI yang disambungkan (untuk sel instrumen perisian).
Apabila rakaman sampai ke penghujung sel, sel berhenti atau terus merakam bergantung pada seting Rakaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Rakam ke penghujung sel.
Ketik sel untuk berhenti merakam sebelum penghujung sel.
Rakam pada sel bukan kosong
Kaedah ini berguna untuk menggantikan atau menggabungkan rakaman baharu dengan kandungan sel sedia ada.
Ketik butang Edit , ketik sel, kemudian ketik Rakam.
Rakam pada sel menggunakan mikrofon (untuk sel audio), Instrumen Sentuh (untuk sel instrumen perisian) atau papan kekunci MIDI yang disambungkan (untuk sel instrumen perisian).
Apabila rakaman sampai ke penghujung sel, sel berhenti atau terus merakam bergantung pada seting Rakam.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Rakam ke penghujung sel.
Ketik sel untuk berhenti merakam sebelum penghujung sel.
Setkan parameter rakaman untuk sel
Ketik butang Edit , kemudian dwiketik sel.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk mengeset mod rakam untuk sel: Ketik Mod, kemudian ketik Ganti, Gabung, atau Babak.
Untuk mengeset panjang rakaman: Ketik Panjang, kemudian ketik Panjang Sel, Bar, atau Rentak.
Untuk mengeset parameter Penghujung Rakaman: Ketik Di Penghujung Rakaman, kemudian ketik Tukar ke Mod Main atau Teruskan Rakaman.
Dalam Logic Pro, anda boleh mengeset rakaman lalai untuk sel mengikut jenis (audio atau MIDI). Untuk mendapatkan maklumat, lihat bab Live Loops bagi Panduan Pengguna Logic Pro X. Anda juga boleh melihat Bantuan Pintar untuk Live Loops dalam Logic Remote.