Edit seting corak dalam Logic Remote pada iPad
Anda boleh mengedit pelbagai seting untuk corak keseluruhan, termasuk panjang corak, mod main balik, kadar langkah, kekunci dan skala.
Edit seting corak
Dalam Logic Remote, ketik butang Seting Corak di penjuru kiri bawah skrin, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Ketik untuk menukar panjang corak: Ketik Panjang Corak, kemudian ketik nilai baharu.
Untuk menukar kadar langkah: Ketik Kadar Langkah, kemudian ketik nilai not baharu.
Untuk menukar mod min balik: Ketik Mod Main Balik, kemudian ketik mod baharu.
Untuk mengesetkan nilai Ayunan: Ketik Ayunan, ketik ke-8 atau ke-16, kemudian setkan peratusan ayunan menggunakan gelangsar.
Tukar kekunci: Ketik Kekunci Corak, kemudian ketik kekunci, atau ketik Tiada Transposisi.
Untuk menukar skala: Ketik Kuantumkan Skala, kemudian ketik skala, atau ketik Tidak Aktif.
Untuk mengesetkan saluran MIDI bagi semua baris dalam corak: Ketik Saluran MIDI, kemudian ketik untuk mengesetkan nombor saluran menggunakan gelangsar,
Untuk mengesetkan mod automasi bagi corak: Ketik Mod Automasi, kemudian ketik untuk memilih satu daripada mod automasi:
Latch: Mengesetkan nilai parameter automasi kekal malar sehingga rentak dengan nilai berbeza dicetuskan.
Leret: Interpolasikan antara nilai parameter automasi terakhir disetkan dan seterusnya, untuk menghasilkan perubahan yang lancar dan secara berkala.
Untuk mengesetkan semua baris dalam corak untuk menggunakan mod Legato: Ketik suis Legato.
Apabila anda memilih mod Legato, nilai Get 100% ditingkatkan sebanyak satu tik supaya ia bertindih sedikit dengan rentak berikut. Apabila mencetuskan not pada synthesizer atau instrumen perisian lain, ini memastikan rentak mencetuskan kelakuan Legato instrumen.
Untuk mereset corak: Ketik Kosongkan Corak.