Mainkan sel Live Loops dengan Logic Remote pada iPad
Anda boleh memulakan dan menghentikan sel dalam grid dan memulakan sel dalam adegan secara serentak. Anda juga boleh membaris gilirkan sel supaya sel dimainkan bersama-sama. Anda boleh memulakan main balik projek apabila sel mula dimainkan dan memulakan sel apabila main balik projek bermula. Semasa sel dimainkan, penunjuk bulat di tengah sel menunjukkan kedudukan main balik semasa.
Nilai Kuantumkan Permulaan menentukan masa sel bermula atau berhenti dimainkan. Kuantumkan Permulaan memastikan sel bermula di kedudukan yang bermakna secara muzikal (rentak atau bar) supaya sel selaras dengan sel lain dan dengan kedudukan penunjuk main projek. Anda boleh menukarkan nilai Kuantumkan Permulaan untuk grid, untuk adegan, atau untuk sel individu. Sel bergilir berdenyar untuk menunjukkan yang sel bergilir sedia untuk bermula di titik Kuantumkan Permulaan yang seterusnya.
Apabila anda mencetuskan adegan, sel dalam adegan menggunakan nilai Kuantumkan Permulaan untuk adegan tersebut. Apabila anda memulakan atau menghentikan sel individu, setiap sel menggunakan nilai Kuantumkan Permulaannya yang tersendiri.
Mainkan sel
Untuk memulakan atau menghentikan main balik: Ketik sel.
Untuk memulakan semua sel dalam adegan: Ketik pencetus di bawah adegan.
Hentikan main balik sel
Untuk menghentikan sel dimainkan: Ketik sel.
Untuk menghentikan semua sel dalam adegan: Ketik pencetus di bawah adegan.
Hentikan main balik semua sel dalam grid: Ketik pencetus di bawah adegan kosong. Anda juga boleh mengetik butang Henti di bahagian bawah lajur Pemisah di sebelah kanan grid.
Baris gilir dan nyahbaris gilir sel
Ketik butang Edit , ketik sel untuk memilih sel, ketik sel lagi, kemudian ketik Baris Gilir.
Sel mengerlip untuk menunjukkan yang sel dibaris gilirkan.
Untuk menyahbaris gilirkan sel: Ketik butang Edit , ketik sel, ketik sel lagi, ketik Nyahbaris Gilir.
Baris gilir dan nyahbaris gilir adegan
Ketik butang Edit , ketik adegan, kemudian ketik Baris Gilir.
Untuk menyahbaris gilirkan adegan: Ketik butang Edit , ketik adegan, kemudian ketik Nyahbaris Gilir.