Seting Touch ID & Kata Laluan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Touch ID & Kata Laluan untuk menukar kata laluan log masuk anda dan—jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID—tambah cap jari.
Topik popular
Artikel Sokongan Apple: Jika anda tidak boleh mereset kata laluan log masuk Mac anda
Artikel Sokongan Apple: Jika Touch ID tidak berfungsi pada Mac anda
Layari menerusi pilihan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang menyesuaikan seting anda.
Untuk membuka seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Touch ID & Kata Laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Touch ID & Kata Laluan untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Kata laluan log masuk telah disetkan untuk pengguna ini | Tukar kata laluan log masuk dan pembayang kata laluan untuk pengguna semasa. |
Tambah Cap Jari | Tambah cap jari ke akaun pengguna semasa. Untuk menamakan semula cap jari, klik teks di bawah cap jari, kemudian masukkan nama baharu. Anda boleh menambah sehingga tiga cap jari untuk satu akaun pengguna (Mac anda boleh menyimpan sehingga lima cap jari). |
Gunakan Touch ID untuk membuka kunci Mac anda | Benarkan Touch ID untuk membuka kunci Mac anda dengan sebarang cap jari yang ditambah ke akaun pengguna semasa. Untuk keselamatan, anda perlu memasukkan kata laluan anda apabila anda memulakan Mac anda. |
Gunakan Touch ID untuk Apple Pay | Benarkan Touch ID untuk meluluskan pembelian Apple Pay. Lihat Gunakan Wallet & Apple Pay. |
Gunakan Touch ID untuk pembelian dalam iTunes Store, App Store dan Apple Books | Benarkan Touch ID untuk membuat pembelian. |
Gunakan Touch ID untuk pengisian auto kata laluan | Benarkan Touch ID untuk mengisi nama, kata laluan dan maklumat kad kredit dalam Safari serta app lain. Lihat Isi auto nama pengguna dan kata laluan anda dalam Safari dan Isi auto info kad kredit dalam Safari. |
Gunakan Touch ID untuk penukaran pengguna cepat | Benarkan Touch ID untuk bertukar antara akaun pengguna Mac. Untuk menukar akaun menggunakan bar menu atau Pusat Kawalan, lihat Tukar antara pengguna dengan cepat. |
Gunakan Apple Watch untuk membuka kunci app anda dan Mac anda | Benarkan Apple Watch anda untuk membuka kunci app apabila kata laluan diperlukan dan membuka kunci Mac anda apabila anda membangunkannya daripada keadaan melahu. Lihat Buka kunci Mac anda dan luluskan permintaan dengan Apple Watch. Pilihan ini tersedia hanya jika Mac anda menyokong Buka Kunci Auto. |