Gunakan kosa kata tersuai dengan Kawalan Suara pada Mac
Jika anda menggunakan Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan Mac anda dengan bahasa yang menyokong kosa kata tersuai, anda boleh menambah perkataan dan frasa—secara individu atau dengan mengimport senarai—supaya lebih mudah untuk bekerja dengan app atau dokumen khusus. Sebagai contoh, jika anda menggunakan perisian CAD atau bekerja dengan dokumen perubatan, anda boleh memasukkan istilah seperti DIMSTYLE atau hemianopsia untuk memastikan perkataan dimasukkan dengan betul apabila menggunakan Kawalan Suara.
Jika anda menggunakan Kawalan Suara dengan lebih daripada satu bahasa disokong, anda boleh mencipta senarai kosa kata tersuai untuk setiap bahasa. Selain itu, anda boleh mengeksport atau mengimport istilah untuk setiap bahasa dan menambah perkataan daripada satu bahasa ke bahasa lain dengan mudah.
Tambah istilah kosa kata individu
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kosa Kata.
Jika pilihan dimalapkan, bahasa yang dipilih tidak menyokong kosa kata tersuai.
Klik , kemudian taipkan perkataan atau frasa seperti yang anda mahu ia dimasukkan apabila anda menyebutnya.
Klik OK, kemudian klik OK lagi.
Petua: Tambah istilah kosa kata dengan cepat semasa anda bekerja dengan menyebut perintah Kawalan Suara. Pilih perkataan atau frasa yang anda mahu tambahkan, kemudian sebut “Tambah ke kosa kata”.
Import berbilang istilah kosa kata tersuai
Anda boleh mengimport daripada fail teks dengan setiap istilah pada baris berasingan atau daripada fail yang dieksport oleh Kawalan Suara sebelum ini.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik di penjuru kanan bawah, kemudian pilih Import Kosa Kata.
Pilih fail istilah kosa kata, kemudian klik Pilih.
Pilih bahasa, kemudian klik Import.
Eksport istilah kosa kata tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik di penjuru kanan bawah, kemudian pilih Eksport Kosa Kata.
Pilih format fail dan bahasa, kemudian klik Teruskan.
Pilih lokasi, kemudian klik Eksport.
Padamkan kosa kata tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan salah satu daripada berikut:
Padamkan satu istilah kosa kata: Klik Kosa Kata, pilih perkataan atau frasa untuk dipadamkan, klik , kemudian klik OK.
Padamkan semua kosa kata tersuai: Klik di penjuru kanan bawah, pilih Padam Semua Kosa Kata, kemudian klik Padam.