Jadikan perkara yang anda taip dituturkan dengan lantang pada Mac
Jika anda tidak dapat bercakap atau kehilangan pertuturan anda secara beransur-ansur, anda boleh menggunakan Pertuturan Langsung pada Mac untuk membuatkan perkara yang anda taip dituturkan secara lantang semasa perbualan bersemuka dan dalam app seperti FaceTime. Anda boleh memilih daripada berdozen suara sistem atau menggunakan Suara Peribadi yang anda cipta.
Nota: Pertuturan Langsung tidak tersedia dalam semua bahasa. Lihat artikel Sokongan Apple Bahasa yang disokong oleh VoiceOver.
Jadikan perkara yang anda taip dituturkan dengan lantang
Anda boleh menjadikan perkara yang anda taip dituturkan dengan lantang.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pertuturan Langsung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Pertuturan Langsung.
Secara lalai, suara sistem daripada seting Kandungan Dituturkan digunakan untuk menuturkan perkara yang anda taip secara lantang. Untuk memilih suara lain, termasuk Suara Peribadi yang anda telah cipta, klik menu timbul Suara.
Klik medan teks Taip untuk Bercakap dalam tetingkap Pertuturan Langsung, masukkan teks yang anda mahu dituturkan secara lantang, kemudian klik atau tekan Return.
Anda boleh menyembunyikan atau menunjukkan tetingkap Pertuturan Langsung mengikut keperluan dengan mengklik dalam bar menu.
Jadikan frasa disimpan dituturkan dengan lantang
Dengan Pertuturan Langsung, anda boleh melihat daripada senarai frasa yang biasa anda gunakan. Ini berguna apabila anda mahu mencelah dengan cepat semasa perbualan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pertuturan Langsung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Pertuturan Langsung.
Klik dalam tetingkap Pertuturan Langsung, kemudian klik satu atau lebih frasa disimpan anda.
Untuk menjadikan teks dituturkan secara lantang, klik atau tekan Return.
Anda boleh mengklik lagi untuk menyembunyikan frasa disimpan anda.
Tambah atau keluarkan frasa disimpan
Tambah atau keluarkan frasa daripada senarai frasa disimpan yang anda biasa anda gunakan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pertuturan Langsung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Disimpan atau kategori lain yang anda cipta, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah frasa disimpan: Klik , masukkan frasa anda dalam medan teks, kemudian tekan Return.
Keluarkan frasa disimpan: Pilih frasa, kemudian klik .
Cipta kategori untuk frasa disimpan
Susun frasa disimpan anda dalam kategori, seperti untuk aktiviti berbeza—seperti kerja, sekolah, atau permainan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pertuturan Langsung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Tambah Kategori, masukkan nama untuk kategori, pilih warna dan ikon, kemudian klik OK.
Untuk menambah frasa ke kategori, klik kategori, klik , kemudian masukkan frasa anda dalam medan teks dan tekan Return.