Sesuaikan Kawalan Suara pada Mac
Apabila anda menggunakan Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan Mac anda, anda boleh menyesuaikan seting seperti bahasa yang anda gunakan dengan Kawalan Suara, mikrofon yang anda mahu dengar untuk perintah, pilihan untuk menunjukkan nama atau nombor item atau grid bernombor pada skrin dan banyak lagi.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan perintah standard dan mencipta perintah anda sendiri, memadamkan perintah dan mengimport atau mengeksport perintah tersuai.
Sesuaikan Kawalan Suara
Tukar bahasa yang anda gunakan dengan Kawalan Suara, pilih mikrofon yang anda mahu dengar untuk perintah, setkan pilihan untuk menunjukkan nama atau nombor item atau grid bernombor pada skrin dan banyak lagi.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Setkan mana-mana daripada berikut:
Bahasa: Tukar bahasa yang anda mahu gunakan dengan Kawalan Suara atau tambah bahasa tambahan.
Jika anda memuat turun bahasa tambahan untuk digunakan dengan Kawalan Suara, anda boleh menukar bahasa semasa anda bekerja dengan cepat—klik dalam bar menu, kemudian pilih bahasa.
Mikrofon: Pilih mikrofon untuk digunakan untuk perintah dituturkan atau pilih Automatik untuk membolehkan Mac anda mendengar peranti yang anda mungkin gunakan.
Tunjukkan pembayang: Paparkan cadangan perintah apabila anda menyebut sesuatu yang serupa dengan perintah yang diterima.
Mainkan bunyi apabila perintah dikenali: Apabila Kawalan Suara mengenal pasti perintah, bunyi dimainkan.
Tindihan: Sentiasa tunjukkan nama atau nombor item atau grid bernombor pada skrin untuk memudahkan bagi memilih item atau menavigasi skrin.
Pudarkan tindihan selepas tidak aktif: Apabila nama atau nombor item atau grid bernombor ditunjukkan, malapkan tindanan selepas tempoh tidak aktif yang ditentukan. Seret gelangsar “Pudar sebanyak” untuk mengeset jumlah pudar bagi tindihan.
Kebanyakan perintah Kawalan Suara aktif secara lalai, tetapi anda boleh menyesuaikan perintah untuk memenuhi keperluan anda. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan perintah standard dan Cipta perintah anda sendiri di bawah.
Jika bahasa menyokongnya, anda boleh menambah istilah kosa kata untuk memastikan perkataan atau frasa khas dimasukkan dengan betul apabila anda menggunakan Kawalan Suara.
Aktifkan atau nyahaktifkan perintah standard
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perintah, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tunjukkan perintah untuk bahasa: Jika anda menambah bahasa untuk digunakan dengan Kawalan Suara, klik menu timbul “Tunjukkan perintah untuk” untuk memilih bahasa yang anda mahu paparkan perintahnya.
Cari perintah: Masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Tunjukkan maklumat lanjut tentang perintah: Klik perintah dalam senarai. Di sebelah kanan, cari perihalan dan contoh cara menggunakan perintah.
Aktifkan perintah: Pilih kotak semak perintah. Kawalan Suara hanya mendengar perintah yang dipilih.
Nyahaktifkan perintah: Nyahpilih kotak semak perintah.
Cipta perintah anda sendiri
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perintah.
Jika anda menambah bahasa untuk digunakan dengan Kawalan Suara, pastikan bahasa yang anda mahu gunakan untuk perintah dipilih dalam menu timbul “Tunjukkan perintah untuk”.
Di bawah senarai perintah, klik .
Dalam medan “Apabila saya berkata”, masukkan nama untuk perintah anda, mengikut garis panduan ini:
Gunakan dua atau lebih perkataan dan elakkan nama dengan suku kata tunggal. Sebagai contoh, gunakan “Jadikan teks lebih kecil” daripada “Lebih kecil”.
Elakkan nama yang betul, nama yang berbunyi seperti perkataan lain atau nama yang boleh mengelirukan dengan perintah lain.
Jangan gunakan nama yang digunakan untuk perintah lain. Jika anda lakukannya, ikon amaran muncul bersebelahan perintah duplikasi dalam senarai perintah.
Nyatakan sama ada perintah untuk digunakan dalam sebarang app atau dalam app tertentu.
Pilih tindakan yang perintah laksanakan.
Sesetengah tindakan memerlukan maklumat tambahan. Sebagai contoh:
Untuk Tampal Teks, anda mesti memasukkan teks untuk ditampalkan apabila anda menyebut perintah anda.
Untuk Tekan Pintasan Papan Kekunci, anda mesti menekan kekunci papan kekunci (anda juga tidak perlu menekan kekunci pengubai suai). Sebagai contoh, jika anda mahu perintah anda memainkan atau menjeda video, tekan kekunci Space.
Untuk Jalankan Pintasan, pilih pintasan atau pilih Buka App Pintasan untuk mencipta pintasan lain.
Klik Selesai.
Perintah anda kelihatan dalam bahagian Tersuai di bahagian atas senarai perintah.
Petua: Anda boleh mencipta perintah dengan mudah semasa anda bekerja. Sebut “Jadikan ini boleh dituturkan” untuk membuka tetingkap Perintah Kawalan Suara Baharu. Kemudian tentukan nama perintah, app dan tindakan. Jika anda memilih teks atau item, seperti fail, sebelum membuka tetingkap, tindakan dipilih secara lalai; anda boleh menukarnya, jika perlu.
Import perintah tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik di penjuru kanan bawah, kemudian pilih Eksport Perintah Tersuai.
Pilih fail perintah Kawalan Suara tersuai, kemudian klik Import.
Nota: Fail boleh menyertakan perintah iOS dan macOS; hanya perintah macOS diimport.
Eksport perintah tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik di penjuru kanan bawah, kemudian pilih Eksport Perintah Tersuai.
Pilih lokasi, kemudian klik Eksport.
Nota: Fail yang dirujuk oleh perintah tersuai, seperti app, dokumen, Pintasan dan Aliran Kerja Automator, tidak disertakan dalam eksport dan mestilah dipindahkan secara berasingan.
Padamkan perintah tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan salah satu daripada berikut:
Padamkan satu perintah tersuai: Klik Perintah, pilih perintah untuk memadamkan dalam bahagian Tersuai di bahagian atas senarai perintah, klik , klik Padam, kemudian klik Selesai.
Padamkan semua perintah tersuai: Klik di penjuru kanan bawah, pilih Padam Semua Perintah Tersuai, kemudian klik Padam.