Tukar seting Daftar Masuk & Keselamatan untuk Akaun Apple anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Daftar Masuk & Keselamatan Akaun Apple untuk menukar kata laluan dan seting keselamatan yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama anda di bahagian atas bar sisi, kemudian klik Daftar Masuk & Keselamatan.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Buka seting Akaun Apple untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
E-mel & Nombor Telefon | Lihat alamat e-mel atau nombor telefon yang boleh mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menerima mesej. Untuk menambah e-mel atau nombor telefon, klik . Untuk mengeluarkan satu, pilihnya, kemudian klik . Lihat Uruskan butiran daftar masuk Akaun Apple anda. | ||||||||||
Kata Laluan | Tukar kata laluan untuk Akaun Apple anda. Anda mungkin perlu memasukkan kata laluan log masuk komputer anda atau menjawab soalan keselamatan anda. Masukkan dan sahkan kata laluan Akaun Apple baharu berdasarkan arahan yang muncul. | ||||||||||
Tukar Soalan Keselamatan | Klik untuk mengemas kini soalan keselamatan anda. Pilihan ini kelihatan hanya jika anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor. | ||||||||||
Tambah alamat | Klik untuk menambah alamat e-mel untuk membantu anda mereset kata laluan atau soalan keselamatan anda jika anda terlupa. Pilihan ini kelihatan hanya jika anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor. | ||||||||||
Pengesahan Dua Faktor | Sahkan yang pengesahan dua faktor diaktifkan. (Ia diaktifkan secara automatik untuk kebanyakan komputer Mac.)
| ||||||||||
Kenalan Pemulihan | Pilih sehingga lima orang yang anda kenal dan percaya untuk menjadi kenalan pemulihan akaun. Jika anda terkunci daripada akaun anda, kenalan pemulihan ialah seseorang yang boleh mengesahkan identiti anda dan membantu anda mendapatkan semula akses, tanpa mereka dapat mengakses dokumen dan data anda dengan sendiri. Untuk menyediakan kenalan pemulihan, klik Kenalan Pemulihan, klik Tambah Kenalan Pemulihan, kemudian ikuti arahan atas skrin. Untuk membantu rakan atau ahli keluarga mendapatkan semula akses kepada akaun mereka, klik Kenalan Pemulihan, klik nama mereka, kemudian klik Dapatkan Kod Pemulihan. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan kenalan pemulihan akaun dan Bantu rakan atau ahli keluarga sebagai kenalan pemulihan akaun mereka. Pilihan ini kelihatan hanya jika anda menggunakan pengesahan dua faktor. | ||||||||||
Kunci Pemulihan | Sediakan kunci pemulihan untuk meningkatkan keselamatan akaun anda. Klik Kunci Pemulihan, klik Aktifkan, kemudian ikuti arahan atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan kunci pemulihan untuk Akaun Apple anda. Pilihan ini kelihatan hanya jika anda menggunakan pengesahan dua faktor. | ||||||||||
Kenalan Legasi | Tetapkan orang yang boleh mengakses data Akaun Apple anda sekiranya anda meninggal dunia. Kenalan Legasi anda boleh menjadi sesiapa yang anda pilih—mereka tidak memerlukan Akaun Apple atau peranti Apple. Klik Kenalan Legasi, klik Tambah Kenalan Legasi, kemudian ikuti arahan atas skrin. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menambah Kenalan Legasi untuk Akaun Apple anda. Pilihan ini kelihatan hanya jika anda menggunakan pengesahan dua faktor. | ||||||||||
Pengesahan Automatik | Pintas CAPTCHA dalam app dan di web dengan membenarkan iCloud mengesahkan peranti dan akaun anda secara automatik dan peribadi. |