Sediakan perkongsian media pada Mac
Aktifkan perkongsian media untuk membenarkan peranti lain pada rangkaian anda untuk melayari dan memainkan muzik, filem dan rancangan TV yang dimuat turun daripada Mac anda.
Anda boleh menukar nama pustaka media anda, menyediakan Perkongsian Rumah dan berkongsi media anda dengan pengguna lain pada rangkaian yang sama.
Perkongsian media diaktifkan apabila anda memilih sama ada Perkongsian Rumah atau pilihan untuk berkongsi media dengan tetamu. Untuk menyahaktifkan perkongsian media, nyahpilih kotak semak Perkongsian Media dalam senarai perkhidmatan di sebelah kiri.
Tukar nama pustaka media anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik bersebelahan Perkongsian Media.
Dalam medan Nama Pustaka, pilih nama semasa pustaka, kemudian masukkan nama baharu.
Klik Selesai.
Aktifkan Perkongsian Rumah
Dengan Perkongsian Rumah, anda boleh mengakses pustaka media anda pada semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Nota: Jika anda telah mempunyai lima komputer Mac disahkan untuk memainkan kandungan yang dibeli daripada iTunes Store atau app Apple TV, anda tidak boleh mengaktifkan Perkongsian Rumah untuk Mac lain. Lihat Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian Akaun Apple.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik bersebelahan Perkongsian Media.
Pilih kotak semak Perkongsian Rumah.
Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple dan kata laluan anda, kemudian klik Aktifkan Perkongsian Rumah.
Pilih mana-mana daripada pilihan yang berikut:
Peranti mengemas kini kiraan main: Pilih kotak semak ini jika anda mahu mengemas kini kiraan main (bilangan kali item telah dimainkan) apabila item dimainkan pada komputer lain dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda, atau pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Kongsi foto dengan Apple TV: Pilih kotak semak ini jika anda mahu melihat foto anda pada Apple TV.
Jika anda memilih pilihan “Kongsi foto dengan Apple TV”, klik Pilih, kemudian pilih foto yang anda mahu berkongsi:
Pilih pustaka Foto atau folder: Klik menu timbul “Kongsi Foto daripada”, kemudian pilih Foto atau folder yang mengandungi foto yang anda mahu kongsi.
Kongsi semua foto dalam pustaka atau folder: Pilih “Semua foto dan album” atau “Semua folder”.
Kongsi sesetengah album foto atau folder sahaja: Pilih “Album dipilih” atau “Folder dipilih” kemudian pilih item yang anda mahu kongsi daripada senarai di bawah. Jika anda berkongsi album dipilih, klik Album untuk memilih album foto atau Orang untuk memilih foto individu tertentu.
Kongsi video: Pilih “Sertakan video”.
Klik OK apabila anda selesai memilih pilihan perkongsian foto.
Nyahaktifkan Perkongsian Rumah
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik bersebelahan Perkongsian Media.
Nyahpilih kotak semak Perkongsian Rumah.
Kongsi pustaka media anda
Anda boleh berkongsi pustaka media anda dengan komputer lain pada rangkaian yang sama. Untuk orang lain mengakses pustaka media anda, Mac anda mesti dihidupkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik bersebelahan Perkongsian Media.
Pilih kotak semak “Kongsi media dengan tetamu”.
Nyahpilih kotak semak jika anda tidak lagi mahu berkongsi media anda dengan orang lain.
Klik Pilihan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih Perlukan Kata Laluan, kemudian masukkan kata laluan untuk melindungi pustaka media anda.
Pilih “Semua lagu, filem dan rancangan TV” untuk berkongsi semuanya dalam pustaka anda.
Pilih “Senarai main dipilih”, untuk memilih hanya item yang anda pilih.