Gunakan sudut khas untuk memulakan penyelamat skrin
Jika anda menggunakan penyelamat skrin, ia bermula secara automatik selepas Mac anda tidak aktif untuk suatu masa. Anda boleh menetapkan pintasan supaya penyelamat skrin bermula apabila anda menggerakkan penuding ke sudut skrin.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Desktop & Penyelamat Skrin, kemudian klik Penyelamat Skrin.
Klik Sudut Pantas.
Klik menu timbul untuk sudut yang anda mahu gunakan, pilih Mulakan Penyelamat Skrin, kemudian klik OK.
Jika anda mahu mulakan penyelamat skrin dengan menekan kekunci Control, Option, Shift, atau Command bersama-sama dengan sudut pantas, tekan kekunci ketika menu timbul dibuka. Contohnya, jika anda menekan kekunci Shift, perintah Mulakan Penyelamat Skrin bertukar ke Shift-Mulakan Penyelamat Skrin.
Apabila anda menggerakkan penuding ke sudut skrin yang anda setkan, penyelamat skrin bermula. Untuk menghentikan penyelamat skrin dan kembali ke desktop, tekan sebarang kekunci, gerakkan tetikus, atau sentuh trackpad.
Jika anda mahu lebih keselamatan apabila anda menghentikan penyelamat skrin, lihat Memerlukan kata laluan selepas membangkitkan Mac anda.