Masukkan aksara dengan tanda aksen pada Mac
Pada Mac, anda boleh memasukkan huruf dengan tanda aksen dengan menekan dan menahan kekunci atau dengan menekan berbilang kekunci dalam turutan.
Tekan dan tahan kekunci huruf
Apabila anda menekan dan menahan kekunci huruf, menu aksen dibuka dan menunjukkan tanda aksen yang anda boleh masukkan dengan huruf tersebut.
Dalam app pada Mac anda, tekan dan tahan kekunci huruf pada papan kekunci—sebagai contoh, a—untuk memaparkan menu aksen.
Menu tidak ditunjukkan jika kekunci tidak mempunyai sebarang tanda aksen.
Klik aksara dalam menu—sebagai contoh, á.
Anda juga boleh menekan kekunci nombor yang ditunjukkan di bawah aksara atau menggunakan kekunci anak panah untuk alihkan aksara, kemudian tekan bar Space.
Nota: Tanda aksen tidak tersedia dalam semua app.
Gunakan gabungan kekunci
Jika anda kerap menaip aksara dengan tanda aksen, mungkin lebih cepat jika anda menggunakan gabungan kekunci yang dikenali sebagai kekunci mati. Tekan satu atau lebih kekunci untuk memasukkan tanda akses, kemudian tekan huruf yang anda mahu tambah tanda.
Sebagai contoh, untuk memasukkan huruf beraksen ã menggunakan tataletak papan kekunci ABC, tekan Option-N untuk memasukkan tilde ˜, kemudian tekan kekunci a.
Untuk melihat kekunci yang anda perlu tekan, buka Pemapar Aksara, kemudian tekan satu atau lebih kekunci pengubah suai (seperti Option dan Shift). Garis kasar jingga kelihatan di sekeliling kekunci mati yang anda boleh gunakan untuk memasukkan tanda aksen.
Petua: Jika anda menambah ABC - Sumber input lanjutan, anda boleh menaip dengan lancar dalam berbilang bahasa yang menggunakan skrip Latin (seperti Inggeris dan Itali). Anda juga boleh menggunakan tataletak ini untuk menaip huruf dengan aksen atau tanda diakritik, atau untuk menambah tanda nada apabila menaip dalam Pinyin untuk Bahasa Cina Mandarin.
Anda juga boleh menggunakan Pemapar Aksara untuk memasukkan aksara dengan tanda aksen.