Tandakan e-mel sebagai dibaca atau belum dibaca dalam Mail pada Mac
Mesej e-mel yang anda belum baca lagi mempunyai titik atau bintang biru (untuk mesej daripada VIP) bersebelahannya. Apabila anda memilih mesej untuk membacanya, titik atau bintang hilang. Jika anda mahu, anda boleh menandakan mesej sebagai dibaca atau belum dibaca secara manual.
Dalam app Mail pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tandakan satu mesej dalam senarai mesej: Pilih mesej, leret ke kanan dengan dua jari pada trackpad, kemudian klik Dibaca atau Belum Dibaca.
Tandakan berbilang mesej dalam senarai mesej: Pilih satu atau lebih mesej, kemudian pilih Mesej > Tandakan Sebagai Belum Dibaca atau Mesej > Tandakan Sebagai Dibaca.
Tandakan semua mesej belum dibaca dalam peti mel sebagai dibaca: Control-klik peti mel dalam bar sisi Mail, kemudian pilih Tandakan Semua Mesej Sebagai Dibaca.