Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Simpan e-mel sebagai fail atau PDF dalam Mail pada Mac
Anda boleh menyimpan mesej e-mel seperti fail untuk digunakan dalam app lain atau sebagai PDF.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih satu atau lebih mesej atau perbualan e-mel.
Pilih cara anda mahu menyimpan mesej.
Simpan mesej sebagai fail: Pilih Fail > Simpan Sebagai, kemudian pilih format.
Format Teks Beraneka mengekalkan pemformatan (seperti tebal dan italik), tetapi Teks Biasa tidak. Sumber Mesej Mentah menyimpan mesej tunggal dalam format .eml.
Simpan mesej sebagai PDF: Pilih Fail > Eksport sebagai PDF.
Anda juga boleh menyimpan mesej dalam format .eml dengan menyeretnya ke desktop anda. Jika anda menyeret perbualan, mesej di dalamnya disimpan sebagai fail berasingan.