Jika peti mel di luar talian dalam Mail pada Mac
Apabila akaun e-mel di luat talian, ikon panahan kilat muncul di sebelah peti mel akaun dalam bar sisi Mail dan di sebelah kanan bar Kegemaran.
Dalam app Mail pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jadikan semua akaun dalam talian: Klik ikon bolt kilat atau pilih Peti Mel > Jadikan Semua Akaun Dalam Talian.
Jadikan akaun tertentu dalam talian (jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun): Klik ikon bolt kilat di sebelah peti mel akaun, atau pilih Peti Mel > Status Dalam Talian > Jadikan [akaun] Dalam Talian.
Jika anda tidak boleh menjadikan akaun secara dalam talian, pastikan anda disambungkan kepada internet. Jika ikon amaran muncul bersebelahan nama akaun, kliknya untuk membuka Doktor Sambungan. Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Doktor Sambungan.
Sesetengah nama peti mel boleh muncul dalam keadaan yang dimalapkan jika anda tidak mempunyai kebenaran untuk mengaksesnya, seperti peti mel awam pada pelayan mel.