Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika akaun e-mel tidak aktif dalam Mail pada Mac
Dalam app Mail pada Mac anda, akaun e-mel yang dinyahdayakan dimalapkan dalam senarai akaun dalam keutamaan Mail dan peti mel serta mesejnya tidak ditunjukkan dalam pemapar Mesej.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Aktifkan akaun dalam Mail: Pilih Mail > Keutamaan, klik Akaun, pilih akaun yang tidak aktif, klik Maklumat Akaun, kemudian pilih “Aktifkan akaun ini.”
Aktifkan akaun dalam Keutamaan Sistem: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Akaun Internet , pilih akaun, kemudian pilih kotak semak Mail.