Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika e-mel tiada dalam Mail pada Mac
Jika mesej kelihatan hilang daripada peti mel dalam app Mail pada Mac anda, cuba cadangan ini.
Jika anda menggunakan lebih daripada satu akaun e-mel dalam Mail, pastikan anda melihat pada mesej untuk akaun yang betul.
Jika anda isih mesej, ia mungkin berada dalam senarai tetapi bukan dalam susunan yang anda jangkakan.
Jika e-mel yang tidak diterima ialah daripada orang atau kumpulan tertentu, semak sama ada anda menyekat mesej daripada mereka.
Jika anda menggunakan peraturan, ia mungkin telah mengalih mesej ke peti mel lain. Cuba cari mesej.
Semak peti mel Mesej Dipulihkan akaun, jika tersedia dalam bar sisi Mail.
Keluar dari Mail, kemudian, bukanya semula.
Jika masalah berterusan, anda mungkin perlu bina semula peti mel.