Pintasan dan gerak isyarat papan kekunci dalam Peta pada Mac
Terdapat beberapa cara untuk navigasi peta, termasuk menggunakan pintasan papan kekunci. Jika anda mempunyai trackpad, anda mempunyai pilihan tambahan.
Untuk mencari pintasan bagi perintah biasa, lihat dalam menu.
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunjukkan lokasi semasa anda | Klik butang Lokasi Semasa dalam bar alar. Tekan Command-L. | ||||||||||
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan | Klik dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta. Pada trackpad, anda juga boleh seret menggunakan dua jari. Tekan kekunci anah panah. | ||||||||||
Putar peta | Tekan dan tahan kompas semasa anda menyeretnya ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah. Pada trackpad, putarkan menggunakan dua jari. Tekan Option-Anak Panah Kiri (untuk berputar melawan arah jam) atau Option-Anak Panah Kanan (untuk berputar arah jam). | ||||||||||
Condongkan peta | Klik butang 3D dalam bar alat, kemudian tekan dan tahan trackpad atau tetikus semasa anda menyeret gelangsar di penjuru kanan bawah. | ||||||||||
Kembali ke orientasi menghala ke utara | Klik kompas. Tekan Command-Anak Panah Atas. | ||||||||||
Zum masuk | Klik butang zum masuk di penjuru kanan bawah peta. Dwiklik. Pada trackpad, cubit dua jari dibuka. Tekan Command-Tanda Tambah (+). | ||||||||||
Zum keluar | Klik butang zum keluar di penjuru kanan bawah peta. Tekan kekunci Option sambil anda dwiklik. Pada trackpad, cubit dua jari rapat. Tekan Command-Tanda Tolak (-). | ||||||||||
Tunjukkan trafik | Pilih Paparan > Tunjukkan Trafik. | ||||||||||
Lihat laporan kejadian | Klik penanda pada peta. Terdapat empat penanda: ikon nahas , ikon pembinaan , ikon jalan raya yang ditutup dan ikon amaran umum . | ||||||||||
Bertukar antara paparan peta, transit dan satelit | Pilih Paparan > Lalai, Paparan > Transit, atau Paparan > Satelit. Tekan Command-1, Command-2, or Command-3. | ||||||||||
Tunjukkan peta 3D | Klik butang 3D dalam bar alat. Tekan Shift-Command-1. | ||||||||||
Tunjukkan Label | Pilih Paparan > Satelit, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Label. | ||||||||||
Lepaskan pin | Pilih Edit > Lepaskan Pin. Tekan Shift-Command-D. Jika anda mempunyai trackpad Force Touch, klik paksa. | ||||||||||
Tambah lokasi ke Kegemaran anda | Klik lokasi, klik butang Lagi dalam kad maklumat, kemudian pilih Tambah ke Kegemaran. | ||||||||||
Kongsi lokasi atau peta | Klik butang Kongsi , kemudian pilih bagaimana anda mahu berkongsi. |