
Laporkan masalah dalam Peta pada Mac
Anda boleh melaporkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap tentang lokasi, arah dan banyak lagi.
Nota: Untuk melaporkan isu, anda mesti mempunyai Mac dengan Apple silicon, Cip Keselamatan T2 Apple, atau Touch Bar. Lihat artikel Sokongan Apple Komputer Mac dengan Apple silicon dan Model Mac dengan Cip Keselamatan T2 Apple.
Dalam app Mail
pada Mac anda, pilih Peta > Laporkan Isu.
Jika anda belum melaporkan isu sebelum ini, pilih sama ada Apple boleh membuat susulan dengan e-mel, kemudian klik Setuju.
Pilih satu daripada yang berikut:
Tambah ke Peta
Laporkan Isu Jalan
Laporkan Isu Tempat
Laporkan Isu Laluan
Ikuti arahan atas skrin untuk memberikan maklumat yang diminta dan menyertakan sebarang maklumat tambahan.
Klik Hantar.
Anda boleh menyemak sebarang laporan yang anda hantar dalam tempoh 90 hari lalu. Klik butang Akaun Pengguna
dalam bar alat, kemudian klik Laporkan.
Anda juga boleh melaporkan isu untuk lokasi daripada kad tempatnya. Klik lokasi pada peta, klik butang Lagi , skrol ke bawah, pilih Laporkan Isu, kemudian ikuti arahan atas skrin.