Nilaikan lokasi dalam Peta pada Mac
Anda boleh menilai tempat yang anda lawati dan berkongsi foto untuk membantu orang lain. Ciri ini tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Nota: Untuk melaporkan isu, anda mesti mempunyai Mac dengan Apple silicon, Cip Keselamatan T2 Apple, atau Touch Bar. Lihat artikel Sokongan Apple Komputer Mac dengan Apple silicon dan Model Mac dengan Cip Keselamatan T2 Apple.
Sediakan penilaian dan foto
Dalam app Peta pada Mac anda, klik lokasi pada peta.
Dalam kad tempat, klik Nilai.
Jika butang Nilai tidak tersedia, anda tidak boleh menilai lokasi tersebut atau menambah foto.
Klik atau untuk penilaian Keseluruhan.
Jika tersedia, anda juga boleh menilai lebih banyak kualiti khusus, seperti Produk atau Perkhidmatan Pelanggan.
Klik butang Tambah Foto , pilih foto yang anda mahu tambah, kemudian klik Tambah.
Klik Selesai.
Untuk memuat naik penilaian dan foto anda kepada Apple, anda mesti mempunyai Apple ID.
Lihat atau edit penilaian dan foto anda
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Akaun Pengguna dalam bar alat.
Klik Penilaian & Foto.
Untuk menukar penilaian atau menambah atau mengeluarkan foto, klik lokasi dalam kad Penilaian dan Foto, klik Nilai dalam kad tempat yang kelihatan, buat perubahan anda, kemudian klik Selesai.
Penilaian dan foto anda kelihatan pada peranti yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Anda mungkin menerima cadangan dalam Peta untuk menghantar penilaian atau foto jika anda melawat atau mengambil foto tempat tarikan baru-baru ini. Cadangan ini menggunakan pemprosesan pada peranti dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Jika anda mahu berhenti menerima cadangan ini, pilih Peta > Keutamaan, klik Umum, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Foto.