Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari jalan menerusi lapangan terbang dan pusat membeli-belah dalam Peta pada Mac
Anda boleh pergi ke lapangan terbang, stesen transit, atau pusat membeli-belah dengan cepat.
Nota: Peta untuk lapangan terbang, stesen transit dan pusat membeli-belah tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Lokasi Semasa , atau masukkan lokasi dalam medan carian, kemudian klik hasil dalam senarai.
Pada peta, zum masuk sehingga butiran perkara di dalam lokasi ditunjukkan.
Lakukan sebarang yang berikut:
Terokai kategori (seperti Makanan, Bilik Air atau Pintu Pagar): Buka kad tempat lokasi, kemudian klik kategori untuk menunjukkan hasil pada peta.
Tunjukkan peta aras berbeza: Klik butang untuk aras tingkat di bahagian bawah tetingkap (zum masuk jika anda tidak melihat butang).